Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza memulakan perjalanan dari Ismailia menuju pintu sempadan Rafah pada 2 petang waktu Malaysia (9 pagi waktu tempatan).
Konvoi yang terdiri daripada dua buah bas, sebuah kontena membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan dan beberapa kenderaan kedutaan Malaysia di Mesir dijangka tiba pada petang ini di sempadan Rafah selepas menempuh perjalanan kira-kira 300 kilometer (km).
Kontena lain yang membawa baki muatan bekalan makanan dan ubatan difahamkan dalam persiapan terakhir di Kaherah dan akan menyusul kemudian.
Dari Ismailia, misi akan menyeberangi Terusan Suez dengan feri ke Al-Arish dan seterusnya akan diiringi dengan kenderaan pasukan keselamatan sebaik tiba di Al-Arish, sepanjang perjalanan di kawasan utara Sinai.
Misi yang sepatutnya tiba di sempadan Rafah dengan 83 peserta pada petang Sabtu terpaksa bermalam di Ismailia selepas kira-kira 120 km perjalanan dari Kaherah apabila kargo membawa bekalan makanan dan ubatan difahamkan menghadapi kesulitan di Kaherah.
Peserta misi berkurangan kepada 81 orang pada Ahad selepas seorang doktor yang mengalami masalah kesihatan dinasihati berehat di Ismailia dengan ditemani seorang lagi doktor.
Pasukan sukarelawan ini turut disertai Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al-Agha dan ketua misi Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Abdul Azeez berkata tempoh sukarelawan Malaysia berada di Gaza bergantung kepada perkembangan gencatan senjata antara pihak Hamas dan Israel.
"Kita akan melihat sekiranya gencatan senjata dilanjutkan dan nasihat duta mengenai keselamatan kita di sana," katanya semasa memberi taklimat pada Sabtu malam.
Misi yang turut disertai Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merancang untuk mengagihkan 5,000 kotak bekalan makanan kepada 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.
Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu.