KUALA LUMPUR: Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac atas jemputan rakan sejawatnya dari negara berkenaan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata lawatan rasmi ini menunjukkan komitmen India untuk mengukuhkan hubungan bilateral dan memupuk kerjasama serantau di Asia Tenggara.
Menurut laporan media India, lawatan itu memberikan peluang berharga untuk mengadakan dialog mengenai isu serantau yang menjadi perhatian bersama dan mencerminkan pendekatan proaktif India kepada diplomasi serantau, sementara menekankan libat urus diplomatik berikutan siri interaksi tahap tinggi antara republik itu dan Malaysia.
Hubungan India dan Malaysia berakar daripada sejarah interaksi antara kedua-dua negara buat sekian lama dan berkembang dalam beberapa tahun kepada perkongsian strategik komprehensif.
Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) antara India dan Malaysia ditandatangan pada 2010, menjadi satu asas kepada libat urus ekonomi, meningkatkan aliran dagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024

Kementerian Luar berkata lawatan rasmi Dr S. Jaishankar ini menunjukkan komitmen India untuk mengukuhkan hubungan bilateral dan memupuk kerjasama serantau di Asia Tenggara. - Foto Reuters

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.