BEIJING: Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Iran Amir Abdollahian pada Isnin, antara lain menumpukan kepada situasi di Gaza.
Beliau turut menegaskan pendirian China dalam isu konflik Palestin-Israel iaitu mewujudkan gencatan senjata secepat mungkin, memastikan bantuan kemanusiaan dan memulihkan "penyelesaian dua negara".
"Sebarang keputusan mengenai masa depan dan nasib Palestin harus berdasarkan kehendak rakyat Palestin, menghormati hak mereka dan mencerminkan prinsip "dimiliki, diterajui dan ditadbir rakyat Palestin," kata Wang.
Wang berkata China juga bersedia bersama Iran untuk melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dalam dua pertemuan yang berlangsung pada tahun ini.
Pada pertemuan itu pemimpin kedua-dua negara komited untuk mengukuhkan komunikasi, memupuk rasa saling percaya, meningkatkan kerjasama dan memperkasa penyelarasan di platform multilateral antarabangsa.
Selain itu, kedua-dua negara turut setuju untuk memelihara amalan multilateralisme yang sebenar, memperluas hubungan bilateral sekali gus mempertahankan kepentingan negara-negara membangun dan keadilan masyarakat antarabangsa.
Menurut Wang, China menyokong Iran dan Arab Saudi untuk terus memperbaiki hubungan bilateral dan menggalakkan kerjasama serta perpaduan antara satu sama lain supaya dapat memastikan keselamatan dan keamanan serantau terjamin.
Sementara itu, Amir Abdollahian berkata pihaknya menyokong Inisiatif Keselamatan Global (GSI) yang dicadangkan oleh China.
Beliau berharap China akan lebih aktif untuk membantu meredakan ketegangan dalam situasi di Semenanjung Gaza dan menyumbang kepada penyelesaian isu berkenaan demi keamanan dan kestabilan serantau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023

Wang (foto) berkata China juga bersedia bersama Iran untuk melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dalam dua pertemuan yang berlangsung pada tahun ini. -Gambar fail/Reuters

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Menteri Luar China-Iran bincang isu Gaza
Wang berkata China juga bersedia bersama Iran untuk melaksanakan persepakatan yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dalam dua pertemuan yang berlangsung pada tahun ini.