LONDON: Perdana Menteri Britain Rishi Sunak menerima tamparan hebat selepas menteri imigresen Robert Jenrick meletak jawatan pada Rabu selepas tercetus pertikaian berhubung dasar penghantaran pulang migran ke Rwanda.
Peletakan jawatan itu dibuat selepas Rishi menolak tuntutan Jenrick supaya Britain menarik diri daripada undang-undang hak asasi manusia Eropah untuk mengembalikan semula dasar menghantar pulang ke Rwanda.
Jenrick memberitahu perdana menteri pada Rabu bahawa draf undang-undang baharu yang bertujuan untuk menghentikan kemasukan pendatang dari negara itu "tidak memadai" dan merupakan "kejayaan harapan berbanding pengalaman", lapor PA Media.
Menurut Jenrick beliau terpaksa meletak jawatan kerana "percanggahan pendapat yang ketara" dengan pendekatan Kerajaan terhadap dasar imigresen.
Sementara itu Setiausaha Dalam Negeri James Cleverly mengesahkan peletakan jawatan Jenrick.
Jenrick kemudiannya memuat naik surat peletakan jawatannya di akaun media sosial miliknya.
Jenrick berkata beliau "berterima kasih" kepada Sunak kerana sehaluan dengan pendiriannya mengenai undang-undang itu.
Tetapi beliau tidak yakin undang-undang itu mempunyai peluang terbaik untuk berjaya.
Walaupun telah lama berkawan baik dengan Sunak, Jenrick mengingatkan perdana menteri agar melakukan "apa sahaja" untuk menghentikan bot kecil daripada melintasi Selat Inggeris.
Draf rang undang-undang itu akan memaksa hakim untuk menganggap Rwanda sebagai negara yang selamat untuk menghantar pulang pelarian selepas Mahkamah Agung memutuskan rancangan itu menyalahi undang-undang berhubung risiko kepada pelarian.
Undang-undang itu yang mesti diundi Parlimen memberi kuasa kepada menteri untuk mengabaikan seksyen Akta Hak Asasi Manusia.
Bagaimanapun, ia tidak memberi kuasa untuk menolak Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, permintaan yang dibuat oleh penyokong tegar termasuk setiausaha dalam negeri yang dipecat Suella Braverman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Menurut Jenrick beliau terpaksa meletak jawatan kerana "percanggahan pendapat yang ketara" dengan pendekatan Kerajaan terhadap dasar imigresen. - Gambar Reuters/Hollie Adams

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Menteri Imigresen Britain letak jawatan
Rishi menerima tamparan hebat selepas menteri imigresen Robert Jenrick meletak jawatan pada Rabu selepas tercetus pertikaian berhubung dasar penghantaran pulang migran ke Rwanda.

Kerajaan komited pastikan ekosistem kesihatan terbaik untuk semua - Dr Zaliha
Kerajaan Perpaduan sentiasa komited memastikan ekosistem kesihatan di seluruh pelosok negara dalam keadaan terbaik bagi menambah baik akses kesihatan rakyat Malaysia.