SEORANG doktor di Luc Ngan, utara Vietnam berjaya mengeluarkan seekor serangga berbisa yang tersekat dalam salur telinga seorang wanita.

Rakaman video menunjukkan doktor berkenaan menggunakan alat khas untuk mengeluarkan serangga tersebut.

Dr Hoat berkata wanita berkenaan mengadu telinga dia sakit dan percaya ada sesuatu yang sedang menyerang telinganya.

Selepas pemeriksaan menyeluruh, dia menemui seekor serangga yang masih hidup, tersekat di dalam salur telinga wanita berkenaan.

Wanita berkenaan diberi rawatan dan dijangka akan pulih sepenuhnya selepas beberapa hari.

Rakaman tersebut dibuat atas persetujuan wanita terbabit pada 1 Mei lalu.



Mengadu sakit telinga, rupanya ada serangga berbisa tersekat