MADINAH: Pengunjung dan jemaah umrah yang kini berada di Kota Madinah, Arab Saudi bukan sahaja diuji dengan cuaca panas membahang tetapi juga berdepan gangguan longgokan serangga ekoran gelombang bermusim serangan belalang.
Sehubungan itu, Agensi Pengurusan Masjid Nabawi dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Haramain mengerakkan lebih 1,000 petugas pembersihan setiap hari dan sepanjang masa bagi memastikan masjid berkenaan sentiasa selamat dikunjungi.
"Buat masa ini agensi menugaskan lebih 1,000 petugas pembersihan dan lebih 600 alat pembersih elektrik dan manual khusus untuk mengumpul serangga", menurut kenyataan agensi itu yang disiarkan di laman sesawang rasminya hari ini.
Kenyataan itu menyebut bilangan petugas akan ditambah dari semasa ke semasa dan kerja pembersihan serta pembasmian kuman giat dijalankan di Masjid Nabawi, termasuk halaman dan fasilitinya, dengan kerjasama Agensi Perkhidmatan dan Perlindungan Alam Sekitar.
Sementara itu, Bahagian Hal Ehwal Teknikal, Operasi dan Penyelenggaraan agensi itu turut mengambil inisiatif mengurangkan peratusan pencahayaan di sekitar Masjid Nabawi pada waktu malam, selain membuka payung masjid sepanjang masa.
Untuk rekod, lazimnya gelombang bermusim serangan belalang berlaku di Arab Saudi antara Januari hingga Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Lazimnya gelombang bermusim serangan belalang berlaku di Arab Saudi antara Januari hingga Jun. - Gambar/ FB Life in Saudi Arabia

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.

Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais telah meluluskan jadual solat Tarawih dan Tahajud bagi kedua-dua masjid suci sepanjang bulan Ramadan 1446

Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.

TH sedia penginapan selesa, dekat masjid untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.

2.5 juta jemaah berhimpun di Masjidil Haram, penuhi hampir segenap ruang Kota Mekah
Para jemaah memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar hingga lebih satu dan dua kilometer dari kawasan masjid.

Hampir 10 juta solat di Masjid Nabawi dalam 10 hari pertama Ramadan
Pengurusan Masjid Nabawi turut merekodkan 739,702 pengunjung mengunjungi makam Nabi Muhammad (SAW) dan dua sahabat baginda.

Kisah aplikasi NUSUK dan cerita keajaiban rezeki masuki Raudhah
Peluang memasuki Raudhah adalah dambaan umat Islam dari seluruh dunia dan Editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah tidak terkecuali.

Masjid Nabawi kerah lebih 1,000 pekerja pembersihan ekoran 'serangan' belalang
Jemaah umrah yang berada di Madinah bukan sahaja diuji dengan cuaca panas membahang tetapi juga berdepan gangguan longgokan serangga ekoran gelombang bermusim serangan belalang.

Jutaan jemaah sambut malam ke-27 Ramadan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
Jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam ke-27 Ramadan untuk menunaikan ibadah tarawih dan amalan berkaitan.

Lebih 950,000 pengunjung dan jemaah umrah di Masjidil Haram setiap hari sejak awal Ramadan
Pengurusan Jabatan Tertinggi kedua-dua masjid siap siaga menerima pertambahan jumlah kedatangan jemaah dalam 10 hari terakhir Ramadan.

Arab Saudi sedia terima jutaan jemaah umrah sepanjang Ramadan
Setiap kali bulan puasa, umat Islam dari seluruh dunia akan berkunjung ke Tanah Suci untuk merebut ganjaran pahala.