KAHERAH: Masalah 60 pelajar dari Pahang yang tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar di sini, disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai telah berjaya diselesaikan hasil perbincangannya bersama Sheikh Al-Azhar Prof Dr Ahmed Al Tayyeb.
Beliau yang membuat kunjungan hormat kepada Ahmed di Al-Azhar hari ini berkata masalah 60 pelajar berkenaan timbul, apabila mereka datang untuk belajar di universiti itu di sini tanpa mengikut prosedur ditetapkan universiti berkenaan, sehingga menyebabkan mereka 'terkandas' di Mesir.
"Jalur (saluran) yang ditetapkan oleh Universiti Al-Azhar ialah kesemua itu melalui proses kedutaan. Oleh kerana tidak diikuti, 60 pelajar itu tersangkut.
"Bagaimanapun, saya telah mengemukakan rayuan dan Sheikh Al-Azhar bersetuju supaya 60 anak-anak Pahang itu diurus sesegera mungkin, dan Rektor Universiti Al-Azhar tadi telah memberi jaminan.
"Tetapi saya juga telah beri jaminan kepada mereka (Sheikh Al-Azhar) bahawa hal sebegini tidak akan berlaku lagi, insya-Allah, semua negeri diharap mematuhi peraturan sedia ada kerana ini syarat yang ditetapkan kerajaan Mesir dan Unversiti Al-Azhar, Alhamdulillah selesai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir di sini hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail.
Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Ahmed dan ketibaan beliau di Al-Azhar disambut oleh Timbalan Sheikh Al-Azhar Prof Dr Muhammad Abdur-Rahman Al-Duwini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Sheikh Al-Azhar itu bersetuju untuk membuat kunjungan rasmi ke Malaysia, pada suku pertama tahun depan.
"Kunjungan beliau itu akan kita manfaatkan dengan penganjuran sidang Islam serantau, supaya kita mendapat mafaat daripada kehadiran dan gagasan beliau," katanya.
Anwar berkata Malaysia bersama Sheikh Al-Azhar, akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan itu dan menugaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelaraskan penganjurannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Anwar berkata masalah 60 pelajar berkenaan timbul, apabila mereka datang untuk belajar di universiti itu di sini tanpa mengikut prosedur ditetapkan universiti berkenaan, sehingga menyebabkan mereka 'terkandas' di Mesir. - Gambar fail/Bernama

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Masalah 60 pelajar Pahang 'terkandas' di Mesir selesai - PM Anwar
Masalah 60 pelajar dari Pahang yang tidak dapat meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar di sini, disifatkan Anwar diselesaikan hasil perbincangan bersama Sheikh Al-Azhar Prof Dr Ahmed Al Tayyeb.