Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher yang juga tokoh utama dalam politik antarabangsa serta negara itu selepas Perang Dunia Kedua, meninggal dunia hari ini.
Mendiang berumur 87 tahun.
Kematian Thatcher disahkan oleh anak lelaki dan perempuannya, Mark dan Carol melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap bekas Perdana Menteri itu.
"Dengan dukacitanya Mark dan Carol Thatcher memaklumkan bahawa ibu mereka, Baroness Thatcher meninggal dunia dengan tenang selepas diserang strok pagi ni. Kenyataan lanjut akan dikeluarkan kemudian," kata kenyataan itu.
Thatcher yang dikenali sebagai Wanita Besi mentadbir Britain antara 1979 hingga 1990.
Beliau bukan saja merupakan perdana menteri wanita yang pertama negara itu tetapi dicatatkan dalam sejarah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menukar ekonomi Britain.
Thatcher meninggalkan dasar ekonomi yang cenderung kepada pasaran bebas yang sehingga hari ini jadi panduan banyak negara termasuk dasar pengswastaan dan perdagangan bebas.
Di pentas antarabangsa, Thatcher disifatkan sebagai tokoh yang bertanggungjawab bersama-sama Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dalam mencatur kejayaan barat semasa era Perang Dingin sehingga menyaksikan runtuhnya Tembok Berlin dan kemunculan negara-negara baru di Eropah Timur.
Beliau juga mempimpin Britain melalui era perang apabila melancarkan perang dengan Argentina pada 1982 selepas negara itu menuntut kedaulatan ke atas Kepulauan Falklands.
Thatcher uzur sejak beberapa tahun kebelakangan selepas diserang strok pada 2001 dan 2002. Beliau juga disahkan mengalami gangguan ingatan pada 2008 yang sama sekali menjejaskan sebahagian besar memorinya.
Keadaannya yang hilang ingatan itu jadi adegan pembukaan filem The Iron Lady yang menampilkan Meryl Streep sebagai Thatcher.
Keuzurannya itu juga menyebabkan mendiang tidak hadir majlis ulang tahun Parti Konservatif yang diatur oleh Perdana Menteri, David Cameron pada Oktober 2010.
Beliau juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada April 2011.
Thatcher menulis dua memoir yang, pertama, merakamkan pengalamannya semasa jadi Perdana Menteri, The Downing Street yang terbit pada 1993 dan, kedua, kehidupan peribadinya, The Path to Power (1995). B
Beliau juga menulis sebuah buku lain tentang hal ehwal antarabangsa dalam Statecraft (2002).
Suaminya, Denis meninggal dunia pada 2003.
Agensi
Mon Apr 08 2013
![Margaret Thatcher meninggal dunia Margaret Thatcher meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365422762_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680564011_NigelLawson.jpg)
Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia
Bekas Menteri Kewangan Britain, Nigel Lawson meninggal dunia pada usia 91 tahun.
![Rambut Thatcher perlukan penjagaan rapi, 118 temu janji setahun Rambut Thatcher perlukan penjagaan rapi, 118 temu janji setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365435425_295x200.jpg)
Rambut Thatcher perlukan "penjagaan rapi", 118 temu janji setahun
Merujuk kepada catatan diari Thacher pada tahun 1984, mendiang telah membuat 118 temu janji berkaitan dandanan rambut.
![Ratu Elizabeth II ketuai majlis pengkebumian Thatcher Ratu Elizabeth II ketuai majlis pengkebumian Thatcher](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365427034_295x200.jpg)
Ratu Elizabeth II ketuai majlis pengkebumian Thatcher
Ratu Elizabeth II, mengetuai majlis pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher, di Gereja St Paul Cathedral.
![Lady Thatcher dan Tun Mahathir: Pemimpin Gemilang-Nikesh Mehta Lady Thatcher dan Tun Mahathir: Pemimpin Gemilang-Nikesh Mehta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365427034_295x200.jpg)
Lady Thatcher dan Tun Mahathir: Pemimpin Gemilang-Nikesh Mehta
Pada Rabu lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu lawatan beliau ke kediaman Pesuruh Jaya Tinggi British.
![Tun M wakili Malaysia ke pengkebumian Thatcher Tun M wakili Malaysia ke pengkebumian Thatcher](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/51353462094_295x200.jpg)
Tun M wakili Malaysia ke pengkebumian Thatcher
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mewakili kerajaan Malaysia pada upacara pengkebumian bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher.
![Margaret Thatcher meninggal dunia Margaret Thatcher meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365422762_295x200.jpg)
Margaret Thatcher meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri United Kingdom, Margaret Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun.