Pada Rabu lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu lawatan beliau ke kediaman Pesuruh Jaya Tinggi British di Kuala Lumpur. Antara lain, lawatan itu adalah bagi beliau menyampaikan pesanan takziah ke atas pemergian mantan Perdana Menteri Wanita British pertama iaitu Lady Thatcher. Mesej Tun Mahathir serta komen-komen yang diterima menerusi rangkaian media sosial kami membuatkan saya terfikir mengenai persepsi Malaysia terhadap Lady Thatcher.
Kebanyakan orang Malaysia juga mungkin akan masih mengingati pesanan Tun Mahathir mengenai polisi ‘Buy British Last’ yang diumumkan pada October 1981. Pada waktu tersebut, Tun telah mengumumkan bahawa Malaysia hanya akan membeli barangan buatan British sebagai langkah terakhir jika tidak terdapat sebarang produk dari Negara lain.
Dasar ini antara lain, diperkenalkan sebagai protes ke atas tindakan Kerajaan British pada waktu itu yang menaikan yuran pelajar asing serta keputusan yang diambil oleh London Stock Exchange. Pada awal tahun 1982, Tun juga telah memperkenalkan dasar ‘Pandang Ke Timur’ bagi tujuan mempelajari pengalaman Jepun memperkasakan ekonomi mereka.
Walaubagaimanapun, keregangan hubungan di antara dua negara ini, tidak bertahan lama. Pada April tahun 1983, Tun Mahathir telah menarik balik arahan polisi beliau setelah satu lawatan di adakan oleh Tun bagi tujuan menjernihkan kembali hubungan di antara kedua pemimpin tersebut.
Hubungan rengang di antara kedua negara berakhir secara rasmi apabila Lady Thatcher membuat satu kunjungan rasmi ke Malaysia pada tahun 1985. Ini adalah lawatan pertama seorang Perdana Menteri Britain ke Malaysia selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Saya berasa tersentuh dengan gaya penggunaan bahasa beliau apabila melihat kembali kepada semua teks ucapan yang dilakukan oleh Lady Thatcher sewaktu lawatan beliau ke Malaysia. Ucapan-ucapan tersebut menggambarkan keutuhan hubungan dua hala Malaysia dan UK serta padangan peribadi beliau yang menyanjungi peribadi kental Tun Mahathir.
Dalam perkara yang sama, kedua pemimpin tersebut juga telah mengadakan perbincangan yang menarik mengenai polisi antarabangsa yang berkaitan dengan Komanwel serta triti Antartik. Pada tahun 1989, Tun Mahathir telah bersetuju untuk Malaysia menjadi hos kepada Persidangan Komanwel. Dalam perkara ini, LadyThatcher berpendapat persidangan Komanwel ini adalah yang terbaik yang pernah beliau hadiri.
Saya teruja dengan satu pandangan yang pernah dinyatakan oleh Lady Thatcher mengenai Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun. Beberapa tahun lepas, ada ramai di Britain yang mengeluh mengenai polisi Malaysia yang menggalakan ahli perniagaan mereka untuk memandang ke Timur. Namun TYT memberitahu saya, memandang ke arah timur itu tidaklah bermaksud hanya membeli dari Timur.
Namun dengan kesungguhan yang ditunjukan oleh Malaysia hari ini untuk menerima kembali industri British, saya yakin ini akan banyak mengundang perniagaan British yang mahu melabur di Malaysia. Dan satu lagi TYT, walaupun TYT akan memandang ke Timur atau mungkin melancong ke Timur, namun TYT tetap akan sampai ke Barat juga.
Pada pandangan saya, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Lady Thatcher dan Tun Mahathir mempunyai banyak persamaan di antara mereka. Kedua-duanya dilahirkan pada tahun yang sama (1925) dan mempunyai latarbelakang sederhana. Kedua-duanya merupakan Perdana Menteri selebriti pertama di dunia dengan persona media yang menjangkau batas negara. Mereka juga individu berkarisma dan patriotik serta dianggap mempunyai pemikiran tersendiri. Tidak boleh dinafikan bahawa kedua-duanya memainkan peranan penting dalam melakar sejarah negara.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa kedua-dua negarawan ini saling menghormati di antara satu sama lain. Di dalam autobiografinya, Lady Thatcher mengatakan: ‘…Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan menghormati beliau. Beliau tabah,bijak dan praktikal. Visinya juga sangat jelas.
Tun Mahathir juga menulis dalam buku beliau: ‘Secara peribadi, saya mempunyai hubungan yang baik dengan Baroness Thatcher… Beliau telah melakukan sesuatu yang menakjubkan dalam memulihkan semangat Britain. Beliau melihat negaranya seperti saya melihat Malaysia. Kami berdua mengimpikan negara kami untuk berjaya.’
Justeru, setelah 28 tahun semenjak kunjungan pertama Lady Thatcher, di aras manakah kedudukan hubungan dua hala UK-Malaysia sekarang berada?
Pada pandangan saya, hubungan di antara kedua negara kita adalah berada di tahap yang terbaik. Kita telah menyaksikan lebih banyak kunjungan Diraja dan Menteri dari UK dalam dua tahun yang lepas berbanding dengan dua dekad sebelum ini. Kita juga berada di atas landasan yang betul untuk terus mencapai kadar pelaburan dan perdagangan dua hala yang terbaik.
Ucapan Lady Thatcher amat bersesuaian di dalam menyimpulkan hubungan di antara kedua negara kita: ‘…Malaysia adalah rakan yang tersendiri: sebuah negara merdeka yang mempunyai tempat istimewa di hati kami. Justeru, harapan kita adalah untuk terus menjalinkan hubungan sama rata serta persahabatan yang kukuh di masa-masa akan datang’.
Anda dijemput untuk berkongsi mesej belasungkawa di laman Facebook kami. Pihak kami akan mengumpul semua mesej anda dan akan menghantarnya kepada keluarga Lady Thatcher.
Nikesh Mehta adalah diplomat British dan penulis blog rasmi Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Wed Apr 17 2013
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
Do postponements cause delays in the Courts?
Cases may often be postponed or otherwise delayed for various reasons. The truth of the matter is that these delays may be necessary due to the Rule of law and due process.
Kerajaan komited 'sifar kematian berkaitan AIDS', kata Dr Subra
Kerajaan komited dalam usaha ke arah sifar kematian berkaitan AIDS, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr S. Subramaniam.
Lady Thatcher dan Tun Mahathir: Pemimpin Gemilang-Nikesh Mehta
Pada Rabu lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu lawatan beliau ke kediaman Pesuruh Jaya Tinggi British.