DAKAR: Mali dan Burkina Faso pada Ahad mengisytiharkan ketua Kesatuan Afrika (AU) sebagai persona non grata susulan kontroversi berkaitan gambar keluarga yang diambil semasa Sidang Kemuncak Rusia-Afrika bulan lepas.
Presiden Comoros dan Pengerusi semasa AU, Azali Assoumani, enggan muncul dalam foto bersama pemimpin Burkina Faso dan Mali, yang kedua-duanya kerajaan dipimpin oleh tentera, semasa sidang kemuncak di Saint Petersburg pada 27 Julai.
Assoumani dijangka melawat Mali dan Burkina Faso pada 14 Ogos sebagai ketua AU, tetapi lawatan itu dibatalkan selepas kejadian berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
Semasa sidang kemuncak itu, beberapa pemimpin Afrika memboikot gambar keluarga itu sebagai protes agar tidak bergambar dengan pemimpin kerajaan rampasan kuasa.
Selain Assoumani, pemimpin lain berkecuali daripada dirakam gambar mereka termasuk Presiden Senegal Macky Sall, Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo, Pengerusi Suruhanjaya AU Moussa Faki Mahamat dan Presiden Republik Congo Denis Sassou Nguesso.
Telah didedahkan bahawa pemimpin-pemimpin berkenaan tidak mahu bergambar bersama Presiden Mali Assimi Goita dan Presiden Burkina Faso Ibrahim Traore, kedua-duanya berkuasa melalui rampasan kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Azali Assoumani, enggan muncul dalam foto bersama pemimpin Burkina Faso dan Mali, yang kedua-duanya kerajaan dipimpin oleh tentera, semasa sidang kemuncak di Saint Petersburg pada 27 Julai. - Gambar/ Reuters
'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah teres di Johor Bahru.
#AWANIRingkas 15 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Mac 2025
1️⃣ 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
2️⃣ Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar
3️⃣ Raymon Ram dipilih sebagai presiden baharu
#awaniringkas
1️⃣ 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
2️⃣ Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar
3️⃣ Raymon Ram dipilih sebagai presiden baharu
#awaniringkas
AWANI Borneo [15/3/2025] – Amaran risiko banjir | Permintaan tinggi | Inisiatif ringankan beban
#AWANIBorneo bersama Irfan Faruqi
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dari 18-20 Mac ini
- Kerajaan kaji tambah sekolah menengah agama di Sabah
- Yayasan Sabah tawar rebat 30 peratus bayaran balik pinjaman
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dari 18-20 Mac ini
- Kerajaan kaji tambah sekolah menengah agama di Sabah
- Yayasan Sabah tawar rebat 30 peratus bayaran balik pinjaman

Bas persiaran dalam perjalanan ke bengkel terbakar
Sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kulim ke sebuah bengkel di Butterworth terbakar di Kilometer (KM) 7.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) sebelum plaza tol, pagi tadi.
Kerajaan kaji tambah sekolah menengah agama di Sabah
Kerajaan pusat akan mengkaji keperluan untuk menambah lebih banyak sekolah-sekolah menengah agama di Sabah berikutan permintaan agak tinggi dan kesedaran terhadap pendidikan agama dalam kalangan rakyat.
Pemenang Grammy, Ernie Watts tarikan utama Sepilok Jazz 2025
Dianjurkan oleh Friends Of Sea Turtles Education & Research (FOSTER), Sepilok Jazz 2025 berperanan meningkatkan kesedaran dan dana bagi usaha pemuliharaan penyu, terutamanya di Pulau Libaran, Sandakan.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.
Yayasan Sabah tawar rebat 30 peratus bayaran balik pinjaman
Kumpulan Yayasan Sabah melancarkan program Insentif Rebat MADANI yang menawarkan rebat 30 peratus daripada baki pinjaman kepada pelajar apabila mereka menyelesaikan pinjaman sepenuhnya antara April hingga Jun tahun ini.
Peristiwa hitam dorong jacky dekati cahaya Ilahi
Jacky (bukan nama sebenar) seorang mualaf yang ingin berubah ke arah kebaikan selepas terjerumus di dalam kancah dadah. Hidup di balik tirai besi dia berharap Ramadan kali ini menjadi madrasah buatnya kembali ke jalan yang sebenar.
Dr Sim sokong semakan semula kadar bayaran GP
Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyokong cadangan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Agar kerajaan menyemak semula kadar bayaran pengamal perubatan am (GP) Kepada sekurang-kurangnya RM60 sejam.

Mali putus hubungan diplomatik dengan Ukraine
Mali memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine, umum kerajaan peralihan Mali.

Konjunktivitis: Malawi larang penduduk bersalaman
Kementerian Kesihatan Malawi pada Khamis mengarahkan orang ramai untuk berhenti bersalaman bagi mengelak penularan konjunktivitis.

60 maut dalam serangan pengganas - Junta Mali
Lebih 60 orang terbunuh dalam serangan pengganas di Mali termasuk sekurang-kurangnya 49 orang awam dan 15 anggota tentera, menurut junta Mali pada Khamis, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

Mali, Burkina Faso isytihar Pengerusi Kesatuan Afrika sebagai 'persona non grata'
Mali dan Burkina Faso pada Ahad mengisytiharkan ketua Kesatuan Afrika (AU) sebagai persona non grata.

Pengaman PBB terbunuh dalam serangan di utara Mali
Seorang pengaman Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (MINUSMA) terbunuh manakala tujuh yang lain cedera parah dalam serangan di utara Mali, lapor Xinhua.

31 maut dalam serangan di Mali
Sekumpulan penyamun menyerang dan membakar trak yang sedang dalam perjalanan membawa orang awam ke tapak pesta.

Dalang pembunuhan 800,000 orang, Bagosora meninggal dunia
Theoneste Bagosora menjalani hukuman penjara 35 tahun setelah didapati bersalah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Bekas Presiden Mali meninggal dunia
Traore mula memerintah pada tahun 1968 secara kudeta, lapan tahun selepas negara itu mendapat kemerdekaannya daripada Perancis.

Tentera Perancis bunuh 33 militan Islam
Operasi darat dan udara itu dilancarkan berdekatan sempadan dengan Mauritania.

Enam kanak-kanak maut disambar petir ketika bancuh teh
Enam kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun maut akibat disambar petir ketika membancuh teh di bawah pokok mangga dalam kejadian yang berlaku di pantai barat Guinea pada Rabu.