Malaysia sentiasa menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) supaya mencari penyelesaian yang adil dan saksama terhadap isu Palestin sejajar dengan Piagam PBB.
Kementerian Luar dalam kenyataan sempena Sambutan Hari PBB berkata ini kerana isu Palestin merupakan konflik terpanjang dalam sejarah PBB.
Malaysia akan terus menyokong dan komited kepada usaha UNSC dan PBB untuk membanteras keganasan, yang merupakan ancaman semasa paling serius terhadap keamanan dan keselamatan sejagat.
Sejak 1960, Malaysia telah dan akan terus melibatkan diri secara aktif dalam misi pengaman PBB, yang merupakan mekanisme antarabangsa bagi memelihara keamanan dan keselamatan global.
Menurut kenyataan itu, Malaysia menyertai 192 anggota PBB meraikan Hari PBB yang disambut pada setiap 24 Okt untuk memperingati hari berkuatkuasanya Piagam PBB pada 1945.
Malaysia juga komited kepada PBB sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang menggalakkan kerjasama berkaitan pemeliharaan keamanan dan keselamatan sejagat, pembangunan dan hak asasi manusia yang merupakan tiga tunggak pertubuhan itu.
Tema Sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB 'Matlamat Pembangunan Mapan: Usaha Sejagat untuk Mentransformasikan Dunia Kita' merupakan susulan kepada Agenda Pembangunan Mapan 2030 yang diperakukan para pemimpin negara-negara anggota PBB termasuk Malaysia pada Sept 2015.
"Malaysia komited untuk melaksanakan 17 matlamat pembangunan mapan yang terkandung di dalam Agenda 2030 tersebut. Ini dilaksanakan dengan mengintegrasikan matlamat-matlamat berkenaan dalam Pelan Pembangunan Negara di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.
"Persekitaran global yang aman dan selamat adalah penting bagi membolehkan 17 matlamat pembangunan mapan itu dilaksanakan dengan jayanya," menurut kenyataan Kementerian Luar itu.
Malaysia selaku anggota tidak tetap UNSC bagi penggal 2015-2016 bekerjasama erat dengan anggota lain untuk memenuhi mandat Majlis Keselamatan dalam memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti yang termaktub di dalam Piagam PBB.
"Sepanjang keanggotaan di Majlis Keselamatan, Malaysia sentiasa menggalakkan penyelesaian konflik secara damai melalui dialog dan menggunakan pendekatan kesederhanaan," kata kenyataan itu. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2016
![Malaysia mahu Majlis Keselamatan PBB cari penyelesaian adil isu Palestin Malaysia mahu Majlis Keselamatan PBB cari penyelesaian adil isu Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51447429653_PalestineFlag.jpg)
Kementerian Luar dalam kenyataan sempena Sambutan Hari PBB berkata isu Palestin merupakan konflik terpanjang dalam sejarah PBB. - Foto EPA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721032513_TBUAEGAZA.jpg)
UAE hantar 3 tan bekalan perubatan ke Gaza
Ia sebagai reaksi terhadap rayuan daripada sektor kesihatan, termasuk Hospital Nasser di Khan Younis yang menekankan keadaan kekurangan ubat-ubatan.
![Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721032150_tbNRWAGaza.jpg)
Pengarah UNRWA di Gaza kongsi kisah mengerikan krisis perubatan
Anderson berkata pasukan UNRWA dari komuniti kemanusiaan melakukan segala yang mungkin untuk meningkatkan kapasiti perubatan di Gaza.
![PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
![Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443, lebih 88,000 cedera Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443, lebih 88,000 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Jumlah korban di Gaza meningkat kepada 38,443, lebih 88,000 cedera
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 38,443 orang, dengan 88,481 individu mengalami kecederaan.
![Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak - UNRWA Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720841141_tbRafah.jpg)
Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak - UNRWA
UNRWA memberi amaran Semenanjung Gaza di ambang kehilangan seluruh generasi kanak-kanak akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Okt 2023.
![Hampir setengah juta orang di Gaza hadapi tahap kelaparan dahsyat - WFP Hampir setengah juta orang di Gaza hadapi tahap kelaparan dahsyat - WFP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720498123_Palestinians.jpg)
Hampir setengah juta orang di Gaza hadapi tahap kelaparan dahsyat - WFP
Hampir setengah juta orang di Semenanjung Gaza menghadapi tahap kelaparan yang dahsyat, kata Program Makanan Sedunia (WFP).
![Netanyahu cuba halang gencatan senjata - Hamas Netanyahu cuba halang gencatan senjata - Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Netanyahu cuba halang gencatan senjata - Hamas
Hamas menggesa pengantara untuk campur tangan dan menghentikan "manipulasi dan jenayah" oleh Netanyahu.
![Jurang Israel dan Hamas kekal - White House Jurang Israel dan Hamas kekal - White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676342900_JohnKirby.jpg)
Jurang Israel dan Hamas kekal - White House
Pegawai kanan AS dilaporkan berada di Kaherah untuk rundingan bagi mencapai gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
![Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720393880_IhabalGhussein.jpg)
Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu.