KATOWICE: Malaysia berharap Program Petempatan Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) mengiktraf Matlamat Pembangunan Lestari Malaysia (SDGs Malaysia) bagi agenda mewujudkan Bandar Raya Mampan menjelang 2030.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kementeriannya telah membangunkan program tersebut di mana 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan pelan tindakan SDGs dan seterusnya membentangkan laporan 'Voluntary Local Review' (VLR).
"Kami ingin UN-Habitat mengiktiraf program kebangsaan kami dan seterusnya memberikan akreditasi kepada bandar raya kami di bawah program induk UN-Habitat SDG Bandar Raya.
"Sehingga kini, Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Shah Alam telah menyerahkan laporan VLR masing-masing manakala empat lagi sedang dalam proses iaitu Alor Gajah, Sepang, Selayang dan Bandaraya Melaka," katanya dalam kenyataan selepas bertemu dengan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif pada Ahad.
Reezal Merican, yang mengetuai delegasi Malaysia pada Forum bandar Sedunia ke-11 (WUF11) di sini, menyampaikan anugerah Tokoh Perancang Bandar Malaysia 2021 kepada Maimunah.
Sementara itu, Reezal Merican berkata Malaysia ingin bekerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar di negara.
"Kami menyokong inisiatif Bandar Pintar UN-Habitat yang memberi tumpuan kepada Bandar Pintar Berpaksikan Rakyat," katanya.
Mengenai daya tahan pantai, beliau berkata Malaysia bangga untuk berkongsi metodologi dan rangka kerja kajian Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara yang dilancarkan baru-baru ini dengan negara lain.
Malaysia adalah antara beberapa negara yang telah merangka pelan tindakan strategik ini untuk melindungi dan mengurus kawasan persisiran pantai negara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022

Reezal Merican, yang mengetuai delegasi Malaysia pada Forum bandar Sedunia ke-11 (WUF11) di sini, menyampaikan anugerah Tokoh Perancang Bandar Malaysia 2021 kepada Maimunah. - Foto BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni
Ini termasuklah hal berkaitan pembangunan dan perancangan bandar mampan, yang memerlukan kerjasama serta gerak kerja inklusif semua pihak.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Penghijrahan, kepadatan cabaran kehidupan mapan di Selangor
Selangor jadikan sustainable living sebagai menjadi agenda utama untuk mempunyai misi hala tuju kehidupan berdaya huni yang sama.

Indeks Daya Huni (iDAM) jadi panduan PBT gubal polisi - Menteri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehidupan masyarakat B40 terbelenggu dengan kehidupan tidak berdaya huni.

Malaysia nyata hasrat anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat
Malaysia telah menyatakan hasrat untuk mendapat sokongan supaya dipilih dalam keanggotaan Lembaga Eksekutif program itu pada Jun 2023.

WUF 2022: Bukti komitmen, pencapaian negara ke arah SDG - Reezal Merican
Malaysia mahu mahu mempamerkan inisiatif dan pencapaian dalam mempromosi dan melaksanakan pembangunan bandar yang mampan.

WUF11: Perlu tindakan drastik atasi isu perubahan iklim
Dunia perlu bertindak segera dalam mengatasi isu perubahan iklim yang dilihat tidak mempunyai sebarang solusi yang konkrit kata Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Malaysia harap UN-Habitat iktiraf agenda Malaysia
Reezal Merican berkata kementeriannya telah membangunkan program di mana 150 PBT menyediakan pelan tindakan SDGs dan seterusnya membentangkan laporan 'Voluntary Local Review' (VLR).