KATOWICE: Sebarang perubahan dan tindakan harus bermula dari sekarang walaupun dalam skala kecil bagi mendapatkan hasil dan impak besar ke atas kualiti kehidupan.
Ini termasuklah hal berkaitan pembangunan dan perancangan bandar mampan yang memerlukan kerjasama serta gerak kerja inklusif semua pihak.
Ketua Eksekutif Urbanice Malaysia, Norliza Hashim berpendapat, kesedaran dan pengetahuan masyarakat umum di Malaysia berkenaan bandar mampan sudah bermula sekitar tahun 1990 lagi, dan ia semakin diperkasakan dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Memang dari tahun 1990 pun kita sudah mulakan proses menjadikan bandar kita lebih berdaya huni atau mampan.
"Cuma fragment dan program itu tidak kesampaian kepada hala tuju apa yang kita mahukan.
"Apa yang kita mahukan ialah ke arah menjadikan komuniti tu lebih diperkasakan supaya mereka boleh own the program, boleh sama-sama menjalankan program dan boleh jalankan sendiri.
"Kita buat banyak program kesedaran dan latihan termasuk latihan untuk kanak-kanak sekolah yang kita panggil SDG Camp.
"Kita cuba terangkan apa itu SDG pada mereka dan kita juga cuba nak faham dari sudut persepsi kanak-kanak apa mereka mahu dalam kehidupan akan datang.
"Kita boleh nampak kanak-kanak sekarang mementingkan isu seperti nakkan kawasan lapang, kawasan permainan pun kurang. Mereka harapkan bandar yang lebih selamat dan mereka juga mahukan teknologi.
"Dalam pemikiran mereka, bagaimana teknologi boleh menambah baik daya huni. Isu congestion juga sesuatu yang mereka sebut.
"Jadi kanak-kanak pun memainkan peranan," katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI yang bersiaran dari Katowice, Poland, sempena World Urban Forum (WUF2022), pada Selasa.
Tambahnya lagi, sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penambahbaikan yang perlu adalah dari segi keterlibatan dan pemahaman terhadap isu yang menjadi kebimbangan orang ramai.
Ini penting bagi membolehkan penyelesaian yang diberi benar-benar membantu menangani isu tersebut.
WUF merupakan persidangan global yang dimulakan pada 2001 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai platform bagi membincangkan isu pembandaran pesat dan kesannya terhadap komuniti, bandar, ekonomi, perubahan iklim dan polisi.
Malaysia diwakili lebih 200 peserta delegasi, diketuai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Madiha Abdullah
Wed Jun 29 2022
![WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656466665_NorlizaHashim.jpg)
Norliza berkata sebagai sebuah negara yang pesat membangun, penambahbaikan yang perlu adalah dari segi keterlibatan dan pemahaman terhadap isu yang menjadi kebimbangan orang ramai. -Gambar fail/Facebook Urbanice Malaysia
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pemimpin belia EU dan ASEAN teroka peranan dalam pembangunan bandar mampan Pemimpin belia EU dan ASEAN teroka peranan dalam pembangunan bandar mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633685714_kesatuaneropahEU.jpg)
Pemimpin belia EU dan ASEAN teroka peranan dalam pembangunan bandar mampan
Pemimpin belia dari Eropah dan Asia Tenggara berhimpun di Bangkok bagi menyertai bengkel 'EU-ASEAN Youth Exchange on Sustainable Urban Development'.
![Lebih 30 kawasan di KL dikenal pasti untuk projek pembaharuan bandar - Shahidan Lebih 30 kawasan di KL dikenal pasti untuk projek pembaharuan bandar - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663078505_TBSHAHIDANPERLIMEN.jpg)
Lebih 30 kawasan di KL dikenal pasti untuk projek pembaharuan bandar - Shahidan
DBKL telah mengenal pasti lebih 30 kawasan yang boleh dilaksanakan projek pembaharuan bandar supaya kawasan terlibat dapat menawarkan kualiti hidup lebih baik kepada penduduk.
![Bandar masih jadi pilihan pasca pandemik Bandar masih jadi pilihan pasca pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656302080_PengarahEksekutifU.jpg)
Bandar masih jadi pilihan pasca pandemik
Migrasi dari bandar ke luar bandar akibat pandemik tidak akan mengubah struktur urbanisasi global.
![WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656466665_NorlizaHashim.jpg)
WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni
Ini termasuklah hal berkaitan pembangunan dan perancangan bandar mampan, yang memerlukan kerjasama serta gerak kerja inklusif semua pihak.