KUALA LUMPUR : Dunia perlu bertindak segera dalam mengatasi isu perubahan iklim yang dilihat tidak mempunyai sebarang solusi yang konkrit kata Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Malah tekanan akan terus dirasai apabila populasi di kawasan bandar terus catat peningkatan menjelang 2050 iaitu sebanyak 2.2 bilion orang terutamanya bagi kawasan di Afrika dan Timur Tengah.
Maimunah turut berpendapat, platform WUF2022 merupakan medium terbaik untuk berkongsi kepakaran dan idea sebelum tindakan yang perlu dibuat dalam masa terdekat.
Inilah masanya untuk kita berkongsi kepakaran, idea dan impian untuk masa depan yang lebih baik, dan tindakan perlukan dilakukan sekarang.
“Meskipun situasi ketika ini agak sukar, namun kita perlu terus fokus selain menggandakan usaha terhadap pembangunan yang mampan.
BACA SEMUA BERHUBUNG WORLD URBAN FORUM KE-11 DI SINI
“Kita perlu merangka solusi yang inovatif khususnya bagi kawasan bandar terutamanya untuk berdepan dengan krisis COVID-19, perubahan iklim, isu bencana semula jadi, serta konflik peperangan,” katanya ketika berucap ketika sesi pembukaan World Urban Forum (WUF) 2022 Sesi ke-11 yang berlangsung di Pusat Kongres Antarabangsa Katowice, Poland pada Isnin.
Mengulas lanjut, Maimunah berkata, beberapa cadangan serta kerangka kerja telah pun tersedia namun tindakan yang drastik perlu digerakkan bagi memastikan matlamat sebenar tercapai dalam berdepan isu terbabit.
Delegasi Malaysia di WUF 2022 diketuai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut akan melancarkan Indeks Daya Huni Malaysia (Idam) dan Pavillion Malaysia di WUF 2022.
Forum berkenaan akan berlangsung mulai 26 sehingga 30 Jun di Katowice antara lain menumpukan usaha membangunkan kerangka cadangan dan idea untuk pembangunan perbandaran yang lebih lestari seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB.
Hilmi Malik
Mon Jun 27 2022

Kerangka serta beberapa cadangan telah banyak dikemukakan dan sekarang merupakan masa untuk bertindak mengatasi isu perubahan iklim. - Foto Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

WUF2022: Perancangan, pendidikan inklusif ke arah bandar berdaya huni
Ini termasuklah hal berkaitan pembangunan dan perancangan bandar mampan, yang memerlukan kerjasama serta gerak kerja inklusif semua pihak.

Indeks Daya Huni (iDAM) jadi panduan PBT gubal polisi - Menteri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan kehidupan masyarakat B40 terbelenggu dengan kehidupan tidak berdaya huni.

Malaysia nyata hasrat anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat
Malaysia telah menyatakan hasrat untuk mendapat sokongan supaya dipilih dalam keanggotaan Lembaga Eksekutif program itu pada Jun 2023.

WUF11: Perlu tindakan drastik atasi isu perubahan iklim
Dunia perlu bertindak segera dalam mengatasi isu perubahan iklim yang dilihat tidak mempunyai sebarang solusi yang konkrit kata Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Pendekatan 'silo' tidak selesaikan isu bandar - Maimunah
Setiap kementerian perlu bergadingan bagi mencari jalan penyelesaian isu dan masalah yang dihadapi masyarakat di bandar.