BISHKEK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Anwar berkata sektor kepentingan utama seperti ekosistem halal, perdagangan dan pelaburan, pendidikan serta pelancongan menggariskan keperluan meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan antara kedua-dua negara.
Beliau menekankan kepentingan laluan udara dalam usaha memperkukuh kerjasama dalam kesemua bidang ini.
"Terima kasih kerana memberikan kami tawaran Fifth Freedom Rights. Justeru, kami akan berbincang dengan syarikat penerbangan kami sekiranya mereka dapat mengatur (jadual penerbangan) sekurang-kurangnya sekali seminggu atau dua kali seminggu sebagai permulaan.
"Agak sukar untuk memujuk syarikat penerbangan untuk memulakan namun berdasarkan pengalaman, sebaik sahaja anda memulakannya, ramai yang akan nampak kelebihannya," kata beliau.
Anwar, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke republik itu, berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Sadyr Zhaparov selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Kediaman Rasmi Ala Archa di sini hari ini.
Mengikut akhbar berbahasa Inggeris antarabangsa, penerbangan fifth-freedom membolehkan sesebuah pesawat terbang dari negara asal ke negara lain dan menurunkan penumpang serta barang sebelum mengambil penumpang dan kargo sebelum meneruskan penerbangan ke negara ketiga.
Sambil memberikan jaminan, Anwar menzahirkan komitmen Malaysia untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Republik Kyrgyz dan mengesahkan dedikasi pihak yang berkaitan termasuk agensi kerajaan serta sektor swasta.
Mengenai kerjasama dalam bidang halal, beliau berkata potensinya amat besar dan memaklumkan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam delegasi Malaysia.
"(JAKIM) ini adalah sebuah jabatan yang amat penting dalam berurusan dengan isu halal dan mengeluarkan pensijilan halal," katanya.
Menyentuh isu pendidikan, Anwar mengalu-alukan kedatangan pelajar, profesor, penyelidik dan individu dalam pelbagai bidang dari Republik Kyrgyz ke Malaysia untuk belajar, bertukar-tukar pandangan atau melakukan penyelidikan mengenai isu berkaitan.
Pada sidang media itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kehadiran beberapa menteri kanan yang mengiringi beliau dalam lawatan berkenaan sekali gus menggariskan kesungguhan Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz.
Selain Mohd Na'im, turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Sementara itu, Zhaparov menzahirkan jangkaan negara berkenaan untuk menjalin kerjasama baharu di peringkat tinggi dengan Malaysia sekali gus mencerminkan hubungan kedua-duanya yang bermula pada 1992.
"Saya yakin dengan kerjasama kita pada masa akan datang dan memberi komitmen sepenuhnya agar kerjasama ini berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Anwar bersama Presiden Sadyr Zhaparov selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Kediaman Rasmi Ala Archa di sini hari ini. - Gambar Bernama
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya, ulangi kemenangan epik Bukit Jalil
Memang tidak dinafikan, ketiadaan enam pemain utama skuad Harimau Malaya mungkin meresahkan ketika pasukan kebangsaan berdepan Republik Kyrgyz malam ini.
Malaysia, Republik Kyrgyz setuju kukuh kerjasama TVET, STEM - PM Anwar
Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk TVET dan STEM.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Cheng Hoe tidak cadang guna formasi tiga pertahanan
Harimau Malaya akan mengekalkan strategi sebelum ini antaranya formasi empat pemain pertahanan pada aksi persahabatan antarabangsa bertemu Sri Lanka, Jumaat dan Republik Kyrgyz pada 16 Okt.