KUALA LUMPUR: Maklumat palsu dan mengelirukan yang ditambah dengan kecerdasan buatan (AI) canggih mampu menghakis demokrasi dan mewujudkan polarisasi masyarakat merupakan risiko segera tertinggi kepada ekonomi global, lapor Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Menerusi Laporan Risiko Global terbaharunya, organisasi itu juga berkata, pelbagai risiko alam sekitar menimbulkan ancaman terbesar dalam jangka panjang.
Laporan tinjauan terhadap hampir 1,500 pakar, pemimpin industri dan penggubal dasar itu dikeluarkan sebelum perhimpunan tahunan pemimpin dunia dan perniagaan di bandar peranginan ski Switzerland, Davos.
Ia menyenaraikan maklumat yang salah dan salah maklumat sebagai risiko paling teruk dalam tempoh dua tahun akan datang, menonjolkan betapa kemajuan pesat dalam teknologi juga mewujudkan masalah baharu atau memburukkan masalah sedia ada.
Malah, ledakan dalam chatbot AI generatif seperti ChatGPT bermakna mencipta kandungan sintetik yang canggih yang boleh digunakan untuk memanipulasi kumpulan orang tidak akan terhad lagi kepada mereka yang mempunyai kemahiran khusus.
AI bakal menjadi topik hangat minggu depan di Davos, yang dijangka akan dihadiri oleh pemimpin syarikat teknologi termasuk Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman; Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella dan pemain industri AI seperti ketua saintis AI Meta, Yann LeCun.
Maklumat salah yang dikuasakan oleh AI muncul sebagai risiko kepada berbilion-bilion penduduk dunia termasuk ekonomi besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Indonesia, India, Mexico dan Pakistan, yang bersedia untuk mengundi tahun ini.
"Anda boleh memanfaatkan AI untuk melakukan pemalsuan mendalam dan memberi kesan kepada kumpulan besar, yang bakal mendorong maklumat salah," kata Carolina Klint, Ketua Pengurusan Risiko di Marsh, yang syarikat induknya Marsh McLennan bersama-sama menghasilkan laporan itu dengan Zurich Insurance Group.
Masyarakat boleh menjadi lebih 'polarisasi' apabila orang lebih sukar untuk mengesahkan fakta, katanya.
"Maklumat palsu juga boleh digunakan untuk menimbulkan persoalan tentang kesahihan kerajaan yang dipilih, yang bererti proses demokrasi boleh terhakis dan ia juga akan mendorong polarisasi masyarakat lebih melebar lagi,” kata Klint.
Laporan itu turut menyebut, kebangkitan AI membawa pelbagai risiko lain seperti memudahkan individu atau kumpulan untuk melakukan serangan siber, seperti dengan mengautomasikan percubaan pancingan data atau mencipta perisian godaman.
Kebimbangan global besar lain untuk responden tinjauan risiko tertumpu pada perubahan iklim.
Selain maklumat yang salah, cuaca ekstrem ialah risiko jangka pendek kedua yang paling mendesak.
Dalam jangka panjang sekitar 10 tahun lagi, cuaca ekstrem digambarkan sebagai ancaman nombor satu, diikuti oleh empat risiko lain yang berkaitan dengan alam sekitar: perubahan kritikal kepada sistem bumi; kehilangan biodiversiti dan keruntuhan ekosistem dan kekurangan sumber asli.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jan 11 2024
Maklumat palsu dan mengelirukan yang ditambah dengan kecerdasan buatan (AI) canggih mampu menghakis demokrasi dan mewujudkan polarisasi masyarakat merupakan risiko segera tertinggi kepada ekonomi global, lapor WEF.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF #AMNC24: Tiga prinsip utama rentas pembangunan ekonomi
Mesyuarat Tahunan Juara Baharu (AMNC) Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-15 merupakan tetingkap penting untuk memerhatikan pencapaian dan arah aliran baharu ekonomi negara membangun.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis iklim mungkin menyebabkan 14.5 juta kematian menjelang 2050
Perubahan iklim juga bakal membuatkan kerugian ekonomi sebanyak AS$12.5 tirilion.
WEF24: Eropah digesa main peranan lebih besar
Dengan kehadiran pasukan Eropah membina hospital dan merawat pesakit di Gaza, Israel tidak ada alasan mengatakan ia adalah kubu tentera.
Maklumat salah AI ancaman terbesar dunia ketika ini - WEF
Pelbagai risiko alam sekitar turut menimbulkan ancaman terbesar dalam jangka panjang, kata Laporan Risiko Global.
Andalan 2024: Dua bilion pengundi di 50 negara bakal sertai pesta demokrasi
Mengikut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (WEF), impak geopolitik kini lebih besar sejak era Perang Dingin
Indeks Peralihan Tenaga: Malaysia diiktiraf negara terbaik di Asia Tenggara
Pencapaian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat bagi pengurusan peralihan tenaga yang pantas, selamat dan berpatutan.
China enjin pertumbuhan dunia - Ketua Pengarah WTO
Katanya, dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada impak penularan COVID-19 tetapi situasi sedang berkembang ke arah yang kian baik.
WEF 2023: Pertumbuhan ekonomi perlahan lebih buruk berbanding kemelesetan
Ketua Ekonomi Automatic Data Processing (ADP), Nela Richardson berkata kemelesetan sering kali tidak berlaku dalam tempoh yang lama.
WEF2023: Nusantara langkah Indonesia keluar perangkap pendapatan sederhana
Timbalan Menteri Ekonomi Indonesia, Amalia Adininggar Widyasanti berkata pembangunan holistik IKN akan menyokong proses transformasi ekonomi negara itu yang statik selama lebih 30 tahun.