DALIAN (China): Mesyuarat Tahunan Juara Baharu (AMNC) Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-15 merupakan tetingkap penting untuk memerhatikan pencapaian dan arah aliran baharu ekonomi negara membangun.
Seiring tema ‘Sempadan Seterusnya untuk Pertumbuhan’ seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Qiang pada pembukaan ‘Summer Davos’ itu berkata penerokaan sempadan baharu tidak seharusnya dilihat sebagai mainan zero-sum.
“Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai satu proses di mana semua pemain bersaing untuk kecemerlangan dan membuat kemajuan bersama,” kata beliau.
Tidak dinafikan bahawa forum itu memfokuskan pada pertumbuhan ekonomi kerana menggalakkan pertumbuhan ekonomi ialah tema kekal WEF.
Jika ditelitikan, tema forum pada tahun 2009 ialah "Melancarkan Semula Pertumbuhan", dan mesyuarat tahunan 2011 ialah "Menguasai Pertumbuhan Kualiti", manakala tema untuk mesyuarat 2015 ialah "Melakar Bidang Baharu untuk Pertumbuhan".
Pada masa ini, pertumbuhan ekonomi dunia menghadapi situasi dan masalah baharu.
Di satu pihak, ekonomi global sedang mengalami tahun prospek pertumbuhan yang lemah dan tidak menentu disebabkan konflik geopolitik, keadaan pembiayaan yang tegang dan kesan gangguan kecerdasan buatan (AI).
Selain daripada faktor sementara ini, pertumbuhan global yang lembap juga adalah disebabkan oleh beberapa masalah yang kritikal dan bersifat intrinsik.
Pertumbuhan ekonomi kekal menjadi isu nombor satu yang membimbangkan majoriti negara di dunia ini.
Ia diburukkan lagi dengan kelembapan ekonomi China yang sekali gus telah menarik perhatian global.
Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi global, China selama ini telah menyuntik dorongan dan tenaga ke dalam ekonomi dunia.
Oleh itu, keadaan dan prospek ekonomi China sekali lagi mendominasi perhatian peserta forum yang dipenuhi elemen China untuk ditafsir daripada pelbagai perspektif.
Selain itu, forum ini turut menyerlahkan realiti, cabaran dan hasil inovasi.
Selama lebih daripada setahun, kemunculan pelbagai jenis produk AI yang mempesonakan telah memukau orang ramai.
Tidak menghairankan jika forum ini sangat mementingkan perbincangan dan refleksi tentang kesan kemunculan pesat inovasi perintis serta penemuan kejayaan terkini dalam sains dan teknologi yang membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan memenuhi keperluan sosial melalui inovasi.
Sains dan teknologi boleh diibarat seperti kuasa produktif utama, manakala inovasi adalah daya penggerak dalaman untuk pertumbuhan ekonomi.
Bagaimanapun, masih terdapat halangan untuk merealisasikan pengeluaran berskala komersil bagi banyak inovasi semasa, seperti kos yang tinggi dan hubungan bekalan-permintaan antara pasaran dan pengguna.
Forum ini menjadi titik pertemuan, menghubungkan keperluan dan sumber; idea dan pasaran untuk membawa inovasi daripada hanya berkembang kepada membuahkan hasil.
Ini juga membolehkan teknologi pintar mendayakan penghasilan reka bentuk yang pantas, mempercepatkan kitaran pembangunan dan merealisasikan rekaan ke produk akhir dengan pantas.
Sementara itu, kita juga harus sedar tentang potensi kesan sampingan yang timbul hasil daripada arus inovasi teknologi yang pantas.
Li Qiang dalam ucapannya turut menegaskan bahawa adalah penting untuk menyelaraskan pembangunan dan tadbir urus teknologi baharu selain membuat penambahbaikan yang tepat pada masanya.
Antara penyelarasan penting adalah berkait undang-undang dan rangka kerja tadbir urus untuk meminda undang-undang sedia ada yang bercanggah dan risiko sosial yang dibawa oleh teknologi.
Sebaliknya, arus teknologi sewajarnya menjadi daya kepada usaha untuk mencapai pembangunan yang lebih inklusif yang memberi manfaat semua.
Perdana Menteri China turut menyeru negara-negara di seluruh dunia untuk memperdalam pertukaran dan kerjasama saintifik dan teknologi.
"Dasar 'halaman kecil dan pagar tinggi' tidak boleh menyekat perkembangan pihak lawan, tetapi hanya membelenggu tangan dan kaki mereka sendiri," tambahnya.
Selain itu, kerjasama perniagaan boleh menjadi satu lagi titik fokus forum.
Memandangkan ekonomi global memerlukan pemulihan segera, masyarakat antarabangsa harus bekerjasama dan mengukuhkan penyelarasan.
Justeru, Davos musim panas ini adalah medan penting dalam menghimpun idea kolektif yang akan memastikan pembangunan ekonomi global adalah lebih adil, tanpa meminggirkan ‘jiran’ lain, terutama dalam mengejar status negara maju.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 27 2024

Keadaan dan prospek ekonomi China sekali lagi mendominasi perhatian peserta forum yang dipenuhi elemen China untuk ditafsir daripada pelbagai perspektif.- Gambar fail/WEF

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

WEF #AMNC24: Tiga prinsip utama rentas pembangunan ekonomi
Mesyuarat Tahunan Juara Baharu (AMNC) Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-15 merupakan tetingkap penting untuk memerhatikan pencapaian dan arah aliran baharu ekonomi negara membangun.