JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia dalam fatwa terbaharunya menggesa umat Islam di negara itu agar mengelak transaksi dan penggunaan produk-produk yang berkaitan dengan Israel.
Pengerusi bahagian fatwanya, Asrorun Niam Sholeh dalam satu kenyataan berkata, menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap 'haram' (dilarang/haram).
Beliau juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah tegas untuk membantu perjuangan Palestin melalui usaha diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menekan Israel untuk menghentikan pencerobohan dan mengenakan sekatan.
Fatwa itu mencadangkan agar umat Islam menyokong perjuangan Palestin melalui pengumpulan dana kemanusiaan, menyatakan solidariti, berdoa untuk kemenangan dan menunaikan solat jenazah ghaib untuk umat Islam yang terkorban di Palestin.
Sementara itu, Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia menggesa Presiden Joko Widodo untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di Rumah Putih pada 13 Nov.
Permintaan itu disampaikan melalui satu surat terbuka pada Ahad yang menekankan keadaan genting, mengutuk serangan Israel yang menyebabkan kematian orang awam dalam serangan selama 36 hari di Gaza - dan keadaan di Hospital Indonesia semakin kritikal selepas menjadi sasaran serangan.
Pengerusinya, Dr. Sarbini Abdul Murad menulis: "Pada masa ini, tiga sukarelawan MER-C Indonesia berada di Hospital Indonesia di Gaza untuk menyampaikan bantuan yang diamanahkan oleh rakyat Indonesia kepada penduduk di kawasan ini."
Beliau berkata, hospital itu bergelut untuk beroperasi dalam keadaan gelap dan kekurangan ubat-ubatan kerana ia satu-satunya tempat bagi penduduk di kawasan itu untuk mendapatkan perlindungan dan rawatan.
Pada Sabtu, Hospital Shifa dan Hospital Indonesia terputus bekalan elektrik apabila generator tidak berfungsi disebabkan kehabisan bahan api manakala generator di Hospital Al Quds tidak dapat dibaiki.
Dalam perkembangan lain, ribuan penduduk dari Jawa Barat mengambil bahagian dalam perhimpunan 'Bekasi Bersama Palestin', menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin, berikutan perhimpunan serupa di Jakarta minggu lalu.
Mereka membawa sepanduk, menaikkan bendera Palestin dan mendengar ucapan daripada pelbagai pemimpin agama di bandar Bekasi yang menyokong pembebasan Palestin. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023
![Majlis Ulama Indonesia gesa umat Islam boikot produk berkaitan Israel Majlis Ulama Indonesia gesa umat Islam boikot produk berkaitan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512824162_Israelboikotgeneric.jpg)
Asrorun Niam Sholeh berkata menyokong pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak, dianggap 'haram'. - Gambar fail/Reuters/Mohamed Azakir
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Himpunan pro-Palestin di luar kedutaan Israel di Washington Himpunan pro-Palestin di luar kedutaan Israel di Washington](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701487191_ProPalestinian.jpg)
Himpunan pro-Palestin di luar kedutaan Israel di Washington
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan perhimpunan dan solat di luar Kedutaan Israel di Washington, Amerika Syarikat pada Jumaat.
![Majlis Bandaraya Pulau Pinang nafi tak lulus permohonan pasang bendera Palestin Majlis Bandaraya Pulau Pinang nafi tak lulus permohonan pasang bendera Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699609771_TBBenderaPalestin.jpg)
Majlis Bandaraya Pulau Pinang nafi tak lulus permohonan pasang bendera Palestin
MBPP menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15 meter (m) di Flat Jalan Sungai.
![Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin? Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699071190_TBTembikaiLambang.jpg)
Kenapa tembikai jadi lambang solidariti buat Palestin?
Emoji atau gambar tembikai digunakan sebagai lambang bendera Palestin kerana apabila dipotong, isi buah tersebut kelihatan seperti warna bendera negara tersebut.
![Ribuan umat Islam di Serbia berhimpun nyatakan solidariti bersama Palestin Ribuan umat Islam di Serbia berhimpun nyatakan solidariti bersama Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699029399_Demonstrators.jpg)
Ribuan umat Islam di Serbia berhimpun nyatakan solidariti bersama Palestin
Lebih 15,000 umat Islam berhimpun di bandar Novi Pazar, Serbia pada Khamis bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.
![Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696996217_TBceltic.jpg)
Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin
Ketegangan di antara pihak pengurusan Celtic dengan sebahagian besar penyokong mereka berkenaan konfik Israel-Palestin kian memuncak.
![MAPIM ajak masjid di ASEAN kibar bendera Palestin MAPIM ajak masjid di ASEAN kibar bendera Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637474510_950x600.jpg)
MAPIM ajak masjid di ASEAN kibar bendera Palestin
Kibaran bendera itu adalah sebagai tanda ingatan dan solidariti terhadap rakyat negara itu yang masih belum mendapat hak mereka yang sepatutnya.
![Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621469222_solidaritiPalestin.jpg)
Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di bangunan itu dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.
![Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621291970_PenunggangBasikal.jpg)
Drawbridge Terengganu dilimpahi cahaya bendera Palestin
Mercu tanda pelancongan Terengganu itu akan diwarnai cahaya merah, hijau, putih dan hitam bermula jam 7 malam setiap hari selama seminggu.
![Rakyat Jerman berhimpun kutuk tindakan Israel serang Palestin Rakyat Jerman berhimpun kutuk tindakan Israel serang Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621119240_Germanyprotestpa.jpg)
Rakyat Jerman berhimpun kutuk tindakan Israel serang Palestin
Penunjuk perasaan naik ke monumen di Dataran Heumarkt dan mengibarkan bendera Palestin dengan sorakan dan laungan slogan pro-Palestin.