Majlis berbuka puasa itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadan, sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap sebelum jamuan iftar, Duta Turkiye ke United Kingdom Osman Koray Ertas, menyentuh mengenai kepentingan Ramadan dalam mengeratkan hubungan sesama manusia.
Jonathan Wilson, seorang profesor di Regent's University London, memuji majlis buka puasa terbuka itu sambil berkata perhimpunan itu adalah peluang yang sangat baik untuk bertemu orang ramai dan berkongsi pengalaman.
Sementara itu, Dowshan Humzah, Ahli Lembaga Penasihat Projek Khemah Ramadan, berkata projek itu dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
-- BERNAMA