Pelantikan itu susulan kemenangan Prabowo Subianto dan gandingannya, Gibran Rakabuming Raka.
Mac lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari mengumumkan, Prabowo, yang juga Menteri Pertahanan dan gandingannya, Gibran Rakabuming, menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Ia sekali gus cukup untuk memperoleh majoriti pusingan pertama.
Sebelum ini, Prabowo, 72, diramalkan secara meluas akan memenangi jawatan Presiden dan beliau akan mengambil alih kepimpinan pada Oktober selepas tempoh peralihan.
Prabowo meraih kemenangan setelah tiga kali percubaan merebut jawatan Presiden Indonesia.
Sementara itu, Jokowi menerima kunjungan Prabowo di kediaman peribadinya di Banjarsari di Surakarta, Jawa Tengah, seminggu sebelum melepaskan jawatan pada 20 Oktober.
Dalam pada itu, dua pencabar lain, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo berikrar untuk mengemukakan aduan kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai penyelewengan dan dakwaan penipuan ketika pilihan raya.