SEREMBAN: Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa Selasa.
Mohd Zafir, 53 tahun berasal dari Tampin, merupakan lulusan Ijazah Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan), Sarjana Teknologi Maklumat dari Universti Kebangsaan Malaysia serta mengikuti Oxford Advance Management and Leadership Programme di Universiti Oxford.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelantikan Mohd Zafir diharap dapat membantu dan meneruskan agenda memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan berjalan lancar, tambahan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubar dalam masa terdekat ini.
"Beliau (Mohd Zafir) sebelum ini bertugas di Kementerian Kewangan Malaysia dan pastinya ini merupakan satu perkara yang meningkatkan lagi tentang kewangan... tentang keadaan ekonomi negeri pada masa akan datang.
"Saya yakin dengan pasukan yang ada ini Negeri Sembilan mampu ditadbir dengan keadaan teratur dan pastinya akan terus maju," katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Angkat Sumpah dan Tandatangan Simpan Rahsia Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di sini pada Rabu.
Mohd Zafir menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 21 Mac 1994 dan berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Kementerian Penerangan.
Selain itu, beliau pernah berkhidmat di beberapa Jabatan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Mahkamah Persekutuan, Perbendaharaan Malaysia serta Kementerian Kewangan.
Pelantikan beliau berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas hampir 29 tahun dalam perkhidmatan awam dalam pelbagai bidang antaranya pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi, pengurusan kewangan serta hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023

Aminuddin (kiri) dan Mohd Zafir ketika majlis berkenaan pada Rabu. - Foto Sinar Harian

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Mohd Zafir dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu, berkuat kuasa Selasa.