MOSCOW: Mahkamah Tinggi di London memulakan pendengaran selama dua hari berhubung rayuan pengasas WikiLeaks Julian Assange terhadap keputusan ekstradisinya ke Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, lapor Sputnik.


Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi London mendengar rayuan Julian Assange terhadap ekstradisinya ke AS selama dua hari.
  • Assange, pengasas WikiLeaks, dipindahkan ke penjara Belmarsh pada April 2019 atas tuduhan melanggar syarat jaminan.
  • Di AS, Assange menghadapi tuduhan di bawah Akta Pengintipan kerana mendedahkan maklumat sulit mengenai jenayah perang dan hak asasi manusia di Iraq dan Afghanistan.


Assange, seorang warga Australia dipindahkan ke penjara Belmarsh dengan keselamatan tinggi pada April 2019 atas tuduhan melanggar syarat jaminan.

Di AS, beliau berhadapan pendakwaan di bawah Akta Pengintipan kerana mendapatkan dan mendedahkan maklumat sulit yang mendedahkan jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh tentera AS di Iraq dan Afghanistan.

Pada 26 Jun, Assange mengaku bersalah di sebuah mahkamah AS di Kepulauan Mariana Utara sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan dengan Pendakwa Raya Persekutuan yang menamatkan perjuangan undang-undangnya selama 14 tahun.

Pengasas WikiLeaks itu kemudian berlepas ke Canberra.

--BERNAMA-SPUTNIK