SAIPAN: Pengasas Wikileaks, Julian Assange hadir di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Saipan, Kepulauan Mariana Utara hari ini (Rabu) bagi memuktamadkan perjanjian pengakuan bersalah sekali gus membebaskan beliau daripada pergelutan undang-undang yang dihadapinya selama 14 tahun.
Assange tiba di kepulauan wilayah Amerika di Pasifik, pada pagi Rabu (waktu tempatan).
Assange dilihat keluar dari kereta, diiringi oleh Duta Australia ke AS dan bekas Perdana Menteri, Kevin Rudd.
Pada Selasa, dia dilaporkan meninggalkan penjara di Britain dan terbang ke ibu kota Thailand, Bangkok untuk mengisi minyak.
Kerajaan AS memburu Assange, 52, atas tuduhan berkaitan pendedahan besar fail rahsia pada 2010, yang didakwa mereka membahayakan nyawa.
Bertindak balas terhadap perjanjian itu - yang akan menyaksikan Assange mengaku bersalah atas satu pertuduhan, isterinya, Stella memberitahu BBC, dia sangat"gembira."
Sebagai sebahagian daripada maraton undang-undang yang panjang, Assange telah menghabiskan lima tahun terakhir di penjara di United Kingdom (UK) menentang percubaan AS untuk mengekstradisinya.
Dia juga menghadapi tuduhan berasingan merogol dan serangan seksual di Sweden, yang dinafikannya.
Assange turut menghabiskan masa selama tujuh tahun bersembunyi di kedutaan Ecuador di London Ecuador kerana mendakwa, kes serangan seksual yang dihadapinya di Sweden akan menyebabkan dia dihantar ke AS.
Pihak berkuasa Sweden menggugurkan kes itu pada 2019, namun pihak berkuasa UK kemudian menahannya.
Dia dibicarakan kerana tidak menyerah diri kepada mahkamah untuk diekstradisi ke Sweden.
Di AS, Assange didakwa dengan konspirasi untuk mendapatkan dan mendedahkan maklumat pertahanan negara, berikutan pendedahan Wikileaks secara besar-besaran pada 2010.
WikiLeaks telah mengeluarkan video dari helikopter tentera AS yang menunjukkan orang awam terbunuh di ibu kota Iraq, Baghdad.
Ia juga menerbitkan ribuan dokumen sulit yang menunjukkan bahawa tentera AS telah membunuh ratusan orang awam dalam insiden yang tidak dilaporkan semasa perang di Afghanistan.
Pendedahan itu menjadi cerita yang besar, menimbulkan reaksi dari seluruh penjuru dunia dan membawa kepada penelitian yang mendalam tentang penglibatan Amerika dalam konflik asing.
Kepulauan Mariana Utara yang menjadi lokasi perjanjian pengakuan Assange merupakan kepulauan Pasifik yang terpencil dan komanwel AS.
Ia jauh lebih dekat dengan Australia berbanding Mahkamah Persekutuan AS di Hawaii atau benua AS.
Sebagai pertukaran untuk mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Akta Pengintipan, Assange tidak akan menghabiskan masa dalam tahanan AS, sebaliknya, menerima kredit untuk masa yang dihabiskannya dalam penjara di UK.
Assange akhirnya akan kembali ke Australia, menurut surat yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman AS.
Dalam catatan di X, WikiLeaks berkata, Assange meninggalkan penjara Belmarsh London pada Isnin selepas 1,901 hari ditempatkan dalam sel kecil.
Video yang dikongsi oleh laman web itu menunjukkan Assange yang mengenakan seluar jeans dan kemeja biru, dibawa ke Lapangan Terbang Stansted London sebelum menaiki pesawat.
Gambarnya dalam pesawat berkenaan turut dirakamkan dan dikongsi.
Sementara itu, isterinya, Stella Assange berkata, tidak banyak yang boleh diulasnya mengenai perjanjian pengakuan berkenaan sebelum kehadiran suaminya di mahkamah.
"Saya tidak mahu menjejaskan apa-apa," katanya dalam satu wawancara bersama BBC Radio.
Kata Stella, keutamaannya kini adalah untuk suaminya "kembali sihat semula", berhubung dengan alam semula jadi dan untuk keluarga mereka mempunyai "masa dan privasi."
Stella turut mengesahkan dua anak kecil pasangan itu berada di Australia bersamanya.
Dia juga belum memberitahu anak-anaknya bahawa bapa mereka akan dibebaskan - cuma mereka akan melawat keluarga dan ada "kejutan besar" menanti.
Kata Stella juga: "Kami tidak mempunyai banyak masa untuk bercakap tentang masa depan - perkara pertama yang perlu dia (suaminya) perlu lakukan ialah membayar kerajaan Australia sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) kembali untuk pesawat khas yang disewa." - Agensi
Agensi
Tue Jun 25 2024

Julian Assange hadir di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Saipan, Kepulauan Mariana Utara bagi menandatangani perjanjian pengakuan bersalah dengan AS. - Gambar REUTERS

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Julian Assange akhirnya bebas, kembali semula ke Australia
Peguamnya, Barry Pollack berkata, anak guamnya telah "menderita dengan teruk dalam perjuangannya untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar."

Julian Assange tiba di Saipan untuk muktamad perjanjian pengakuan bersalah dengan AS
Perjanjian pengakuan bersalah itu sekali gus membebaskan pengasas WikiLeaks itu daripada pergelutan undang-undang yang dihadapinya selama 14 tahun.

Bocor dokumen sulit kerajaan: Pengasas WikiLeaks Julian Assange dibebaskan dalam perjanjian dengan AS
Pengakuan bersalah yang dibuat pengasas WikiLeaks itu akan membolehkannya mengelak daripada dipenjarakan di Amerika.

Pengasas WikiLeaks bakal diesktradisi ke AS
Assange juga akan dipindahkan ke Australia untuk menjalani hukuman sekiranya disabit kesalahan.