PENGASAS Wikileaks, Julian Assange diberikan kebenaran untuk berkahwin dengan pasangannya, Stella Moris di penjara Belmarsh, United Kingdom menurut laporan BBC.
Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki, kedua-duanya hadir ketika Assange tinggal di dalam kedutaan Ecuador di London.
Pihak penjara berkata, permohonan Assange itu “dipertimbangan dengan cara seperti biasa melalui pegawai penjara.”
BACA: Pengasas Wikileaks diberi taraf kerakyatan Ecuador
Perkembangan terbaharu itu nyata melegakan pasangannya, Moris dan dia menyatakan dirinya berasa “lega kerana telah menang”.
“Saya harap tiada lagi gangguan dalam perkahwinan kami,” katanya seperti dilaporkan BBC pada Jumaat.
Untuk rekod, banduan berhak untuk memohon berkahwin di dalam penjara di bawah Akta Perkahwinan 1983.
Sebaik permohonan itu diluluskan, mereka mesti menanggung sepenuhnya kos penuh perkahwinan itu, tanpa bantuan pembayar cukai.
BACA: Akhirnya Julian Assange ditahan polis
Dalam temu bual dengan Mail pada Ahad tahun lalu, Moris, seorang peguam kelahiran Afrika Selatan, mendedahkan, dia telah menjalin hubungan dengan Assange sejak 2015 dan membesarkan dua anak lelaki mereka sendirian.
Melalui rakaman video yang disiarkan di akaun YouTube Wikileaks, Moris berkata, dia bertemu pasangannya itu pada 2011 apabila menyertai pasukan peguamnya.
Katanya lagi, dia telah melawat Assange di kedutaan hampir setiap hari dan telah "mengenali Julian dengan lebih baik."
Pasangan itu jatuh cinta pada 2015 dan bertunang dua tahun kemudian.
BACA: Kes ekstradisi Assange didengar di Mahkamah Majistret Westminster London
Assange, 50, sehingga kini terus menentang ekstradisinya kepada Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pengintipan.
Dia dikehendaki di AS atas dakwaan konspirasi untuk mendapatkan dan mendedahkan maklumat pertahanan negara, berikutan penerbitan Wikileaks mengenai ratusan ribu dokumen yang bocor berkaitan perang Afghanistan dan Iraq.
Penerbitan termasuk siaran rakaman pada April 2010 menunjukkan askar AS menembak dan membunuh orang awam dari helikopter di Iraq.
Agensi
Fri Nov 12 2021

Julian Assange dan Stella Moris mempunyai dua anak lelaki, kedua-duanya hadir ketika Assange tinggal di dalam kedutaan Ecuador di London.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Kes ekstradisi Assange didengar di Mahkamah Majistret Westminster London
Tidak berapa lama selepas penahanan Assange pada 11 April, WikiLeaks berkata AS mahu Assange didakwa atas kesalahan mengintip.