BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara.
Mahkamah membuat keputusan 6:3 dengan enam hakim berkata bahawa penggal Prayuth bermula pada 6 April 2017 apabila perlembagaan baru dikuatkuasakan.
Dalam bacaan keputusan selama 25 minit itu, mahkamah berkata Prayuth, 68, boleh menyambung semula tugasnya selepas digantung tugas selama lima minggu.
Bagaimanapun, tempoh khidmatnya sebagai perdana menteri akan berakhir pada 2025 dan beliau tidak boleh berkhidmat untuk penggal penuh jika memenangi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan pada 2023.
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand berkata pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 Mei, 2023n.
Pada 24 Ogos, Mahkamah Perlembagaan menggantung Prayuth daripada tugas rasmi selepas memutuskan untuk mendengar petisyen daripada blok pembangkang yang meminta semakan untuk melihat sama ada khidmat beliau telah melebihi had penggal lapan tahunnya.
Parti pembangkang Pheu Thai mendakwa tempoh masa pemerintahan Prayuth perlu diambil kira bermula tarikh rampasan kuasa tentera pada 2014.
Bagaimanapun, penyokong Prayuth berkata tempoh khidmat beliau bermula sejak perlembagaan 2017 dikuatkuasakan, malah ada yang menyatakan ia sepatutnya bermula selepas pilihan raya umum 2019.
Perlembagaan Thailand 2017 mengehadkan mana-mana perdana menteri berkhidmat lebih lapan tahun secara keseluruhan.
Sementara itu, Mahkamah Perlembagaan Thailand dan pejabatnya telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan bermula 7 malam Khamis hingga 6 pagi Isnin.
Polis berkata 300 anggota ditugaskan di sekitar mahkamah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman.
Sementara itu, sekurang-kurangnya dua kumpulan anti-kerajaan merancang untuk berkumpul di daerah pusat perniagaan Bangkok pada Jumaat ketika mahkamah membacakan keputusannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara. - Gambar fail/REUTERS
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Mahkamah Thai putuskan khidmat Prayuth sebagai PM tidak melebihi tempoh lapan tahun
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara.