Ketua Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Fatou Bensouda mengumumkan akan membuka kertas siasatan awal terhadap pengusiran ribuan etnik Islam Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh pada Selasa.
Bensouda berkata, beliau telah memulakan siasatan secara rasmi sebagai pemeriksaan awal untuk mencari bukti bagi melancarkan siasatan penuh.
Beliau turut akan melihat kepada beberapa laporan mengenai dakwaan perbuatan kekerasan yang dilakukan terhadap warga Rohingya, memaksa mereka berpindah.
Ia termasuk penafian hak asasi manusia, pembunuhan, keganasan seksual dan sebagainya.
Tentera Myanmar dituduh melakukan kesemua perbuatan tersebut sehingga menyebabkan 700,000 Rohingya melarikan diri ke negara jiran sejak Ogos tahun lalu.
Pengumuman Bensouda dibuat kurang dua minggu selepas hakim ICC membenarkan beliau menyiasat kes deportasi etnik Rohingya walaupun Myanmar bukan anggota mahkamah tersebut.
Dalam membuat keputusan itu, hakim menjelaskan, oleh kerana pengusiran itu berlaku dalam wilayah Bangladesh, yang merupakan anggota ICC, ia di bawah bidang kuasa Bensouda.
ICC adalah jalan terakhir apabila pihak berkuasa sesebuah negara tidak dapat atau tidak mahu menjalankan siasatan terhadap sesuatu jenayah.
Astro Awani
Wed Sep 19 2018
Bensouda berkata beliau akan melihat kepada beberapa laporan mengenai dakwaan perbuatan kekerasan yang dilakukan terhadap warga Rohingya, memaksa mereka berpindah. (Foto AP / Fail)
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
Hajiji seru 35 etnik dan 217 subetnik di Sabah tingkat usaha promosi budaya
Jelas Hajiji kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap seruan usaha mempromosi budaya bagi memartabatkan setiap budaya yang wujud di negeri itu demi kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Banyak negara Islam mendiamkan diri dalam isu Uyghur - Nik Nazmi
Banyak negara Islam yang lain juga dilihat kurang memperjuangkan isu berkaitan Uyghur.
Pembunuhan etnik: China, Myanmar terlibat - AS
AS turut memberi amaran kepada Myanmar, Eritrea, Ethiopia dan Selatan Sudan mengenai kemungkinan sekatan lebih lanjut susulan isu konflik pembersihan etnik di negara masing-masing.
Parti tidak penting di PRN Sabah - Penganalisis politik
Parti tidak memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Kenali ucapan Hari Gawai mengikut etnik pribumi Sarawak
Menjelang sambutan Hari Gawai yang akan diraikan esok, lazimnya ucapan Selamat Hari Gawai Dayak Gayu Guru akan dizahirkan kepada masyarakat di Bumi Kenyalang yang menyambutnya.
Tiada langsung kemajuan dalam dunia Islam, sindir Erdogan terhadap OIC
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini mengkritik pertubuhan yang sepatutnya menjaga kebajikan negara-negara Islam.
Insiden letupan gas ragut 16 nyawa di negeri Wa, Myanmar
Negeri Wa yang terletak di sempadan antara China dan Myanmar dianggarkan hanya mempunyai kira-kira 600,000 penduduk.
"Lain macamlah dia ini" - Noraniza Idris ingin kolaborasi dengan Altimet
Wow! Confirm meletup!
Pertahan perpaduan tugas mendesak semua rakyat - Lee Lam Thye
Rakyat Malaysia perlu prihatin terhadap masa depan Malaysia dan bersedia menjadi jambatan etnik dan bukannya hero kumpulan etnik masing-masing.
Darell kesal parti politik guna sentimen kaum capai matlamat
Leiking berkata parti-parti politik di Sabah sepatutnya menyatukan semua bangsa dan kumpulan etnik.