RIO DE JANEIRO: Bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa sekali lagi dilucutkan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi Brazil (TSE) itu bermakna Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Bolsonaro, yang menjadi ketua negara Brazil dari tahun 2019 hingga 2022, mungkin tidak akan terpilih untuk mana-mana jawatan awam sehingga tahun 2030, menurut keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tinggi (TSE) Brazil.
Ini merupakan keputusan kedua mahkamah ke atas bekas presiden itu.
Pada Jun lepas, mahkamah memutuskan Bolsonaro tidak dibenarkan bertanding selama lapan tahun kerana menimbulkan keraguan terhadap sistem pilihan raya negara itu.
Bolsonaro berulang kali mempersoalkan kebolehpercayaan sistem pilihan raya dan tidak mengakui kekalahannya dalam pilihan raya kepada pemimpin berhaluan kiri yang juga Presiden semasa, Luiz Inacio Lula da Silva.
Keputusan pada Selasa itu berkaitan cuti umum pada September tahun lalu menjelang pilihan raya. Mahkamah mendapati Bolsonaro telah menyalahgunakan sambutan berkenaan untuk tujuan kempen pilihan raya.
Semasa perbarisan tentera di Brasilia dan Rio de Janeiro, Bolsonaro berkempen menentang pencabarnya Lula.
Sabitan baharu itu tidak melanjutkan larangan Bolsonaro daripada bertanding dalam pilihan raya melampaui tahun 2030.
Bagaimanapun, peguam beliau mesti merayu keputusan itu bersama-sama keputusan pada Jun jika mereka mahu Bolsonaro bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023

Keputusan Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi Brazil (TSE) itu bermakna Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030. - Gambar fail/Reuters/Ueslei Marcelino

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kamala Harris rapatkan jurang dengan Trump dalam perlumbaan Presiden - Tinjauan WSJ
Dalam perbandingan secara langsung, Trump mengekalkan sedikit kelebihan dengan memperoleh 49 peratus undian berbanding 47 peratus untuk Harris.

Anwar nafi beliau 'anak angkat' Amerika, MOF pinjam duit IMF
Anwar turut meluahkan kekesalan kerana yang bercakap perkara itu melempar fitnah secara terang-terangan.

Pengundi UK skeptikal kemampuan parti politik untuk laksana janji pilihan raya - Tinjauan
62 peratus daripada sampel yang ditinjau mengatakan mereka tidak yakin Parti Konservatif akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang digariskan.

Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.

Mahkamah Brazil sekali lagi halang bekas presiden bertanding pilihan raya
Bekas presiden Brazil Jair Bolsonaro pada Selasa sekali lagi dilucutkan haknya untuk bertanding dalam pilihan raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PRN: Kempen politik harus bebas perbuatan cerca, hina orang lain - Anwar
Katanya, bibit-bibit ke arah kempen tanpa adab dan nilai murni sudah mula dilihat dengan beliau sendiri menjadi bahan cercaan pembangkang.

Jangan cemari fikiran belia dengan politik tidak sihat - Adam Adli
Kata Adam Adli, parti dan pemimpin politik hendaklah berkempen dalam keadaan yang memberi kebaikan serta manfaat kepada golongan belia.

PRN: Ahmad Zahid harap GPS turun padang bantu calon BN
Beliau mahu agenda kestabilan politik di Sarawak menjadi contoh serta diguna pakai oleh jentera gabungan berkenaan semasa berkempen kelak.

Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.

PRN: Elak sentuh isu bangkit kemarahan rakyat - Zahid
Ahmad Zahid berkata walaupun calon-calon PRN berkenaan berbeza pendapat dan pandangan politik namun mereka perlu bertindak secara rasional ketika berkempen.