PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya dan kerajaan Malaysia dalam salah satu kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap baru-baru ini.
Antara tuduhan itu adalah mendakwa beliau sebagai anak angkat Amerika, Kementerian Kewangan (MOF) pinjam wang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beliau mengikut tunjuk ajar Yahudi.
Anwar turut meluahkan kekesalan kerana yang bercakap perkara itu adalah seorang bergelar ustaz, berjubah dan berkopiah tetapi melempar fitnah secara terang-terangan.
Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak terikut dengan tindakan pembangkang berhubung isu penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Rakan-rakan penjawat awam harus ikuti (isu ini), itu bukan ceramah politik maki hamun orang, dajalkan orang, kafirkan orang (seperti) yang mereka lakukan di Sungai Bakap.
“Saya dipanggil anak angkat AS, Kementerian Kewangan pinjam daripada IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan saya ikut nasihat Yahudi.
“Ikut sahaja cakap ustaz, pakai kopiah dan jubah, tetapi fitnah terang-terang. Fakta itu di sebaliknya, mana mungkin.
“Jadi saya memilih untuk menjelaskan kerana jika saya lakukan sebegitu, penjawat awam nak pertahankan Perdana Menteri yang bagaimana? Menjadi alat Amerika Syarikat?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi 2024 Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Rabu.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Ahad lalu, ADUN Sungai Burong, Mohd Zamri Mantop mendakwa, Anwar sewaktu menjawat Menteri Kewangan meminjam dana daripada IMF selain menggelarkan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai anak angkat Amerika.
Semua tuduhan itu dilemparkan ketika beliau berucap di atas pentas dalam salah satu kempen Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap baru-baru ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan penjawat awam perlu mengikuti perkembangan dan mengetahui perkara sebenar dalam isu berkaitan Blackrock supaya tidak terpengaruh dengan dakyah tidak benar.
Tegasnya, meskipun sudah berulang kali diberikan penjelasan, fitnah terus dilemparkan kononnya kerajaan sudah menjual kepentingan negara kepada syarikat yang bekerjasama membunuh orang Islam di Gaza.
“Saya sudah menjawab di Parlimen semalam dan sebab itu harus tahu, apa yang berlaku dalam MAHB yang mana dahulu pegangan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah 41 peratus, 27 peratus pegangan asing.
“Sekarang pegangan Khazanah dan KWSP naik kepada 70 peratus, Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP) ada 30 peratus. Jadi kerajaan masih memiliki 70 peratus,” katanya.
Beliau menegaskan, penjawat awam juga tidak boleh mengambil sikap defensif dan menerima baik setiap teguran atau kritikan, termasuk berhubung laporan Indeks Daya Saing Dunia 2024
“Harus kita lihat dalam konteks keseluruhannya, prestasi keseluruhan tidak terlalu teruk, kalau diperinci ada beberapa aspek yang nampak merudum, menurun, antara lain kerana bukan soal kecekapan atau penyelewengan rasuah, ia ketimbang prestasi tahun 2022.
“Umpamanya pertumbuhan pasca COVID-19 itu melonjak cepat kerana ‘threshold’ asas ketika itu sudah negatif, jadi apabila ada positif, ia melonjak tinggi tetapi tahun berikutnya tidak dapat capai keadaan sama kerana ‘treshold’ itu ialah tahun sebelumnya.
“Jadi kita tak harus ambil sikap defensif, cuma fakta itu harus disampaikan, kerana tentu ada sebahagian yang menghebahkan seolah-olah ada kelemahan besar,” katanya.
Ridauddin Daud
Wed Jun 26 2024

Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak terikut dengan tindakan pembangkang berhubung isu penjualan sebahagian saham MAHB. - Astro AWANI/Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.