HONG KONG:Sebuah lukisan klasik Cina yang amat jarang ditemui berjaya dijual di Hong Kong pada harga AS$41.8 juta (RM173.57 juta) di majlis lelongan Sotheby.

Memetik laporan Associated Press, skrol lukisan yang berjudul Five Drunken Princes Returning On Horseback itu dihasilkan oleh seorang pelukis terkenal China yang juga merupakan pegawai kerajaan, Ren Renfa.

Lukisan tersebut yang panjangnya dua meter, dianggarkan berusia lebih 700 tahun.

Lukisan tersebut menggambarkan putera-putera yang menunggang kuda bersama-sama empat orang pembantunya.





Salah seorang putera dalam lukisan itu merupakan Li Longji, yang kemudiannya menjadi Majaraja Xuanzong yang paling lama memerintah Dinasti Tang.

Pada 1922, skrol itu dibawa keluar daripada Kota Larangan oleh  maharaja terakhir China, Pu Yi susulan kejatuhan Dinasti Qing.