GAZA: Pintu lintasan Rafah dijangka tidak akan dibuka hari ini (Jumaat) untuk konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata beberapa sumber kepada CNN, ketika sebilangan besar pihak termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengharapkan proses itu segera berlaku.
"Saya tidak harap trak-trak itu akan melintasi sempadan hari ini (Jumaat)," kata sumber yang terlibat dalam perbincangan tersebut kepada CNN.
Kerja-kerja membaiki jalan perlu dilakukan di zon kawalan sempadan Mesir dan Palestin selain terdapat banyak butiran lain yang perlu diperhalusi untuk memastikan bantuan itu berterusan, bukan sekadar sekali kemasukan sahaja, kata sumber tersebut.
Ini adalah "situasi yang sangat tidak stabil," kata sumber itu lagi.
"Mangsa di Gaza telah menunggu makanan, ubat dan air. Jika mereka diberitahu 20 trak akan datang dan kami tidak tahu bila (trak seterusnya) akan datang, ia hanya akan mengundang situasi yang sangat berbahaya.
“Jika saya berada dalam situasi itu, jika saya tidak fikir akan ada lagi trak, saya akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk mendapatkan apa yang ada di dalam."
Pegawai-pegawai AS pada ketika ini menjangkakan bahawa konvoi pertama trak yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dari Mesir hanya akan melintasi sempadan pada hujung minggu ini, berkemungkinan pada hari Sabtu.
Bahkan, seorang pegawai AS memberi amaran bahawa situasi ini masih belum stabil kerana persediaan terus berjalan untuk membenarkan bantuan kemanusiaan itu masuk.
Jurucakap Jabatan Negeri AS, Matt Miller berkata, dalam taklimat pada hari Khamis petang bahawa bekas Duta Besar David Satterfield yang juga Utusan Khas AS untuk bantuan kemanusiaan Timur Tengah berada di lapangan dalam rundingan dengan pihak Israel dan sedang menguruskan butiran "sewaktu kita berbual."
"Dalam hal trak, saya tidak mahu membicarakan bentuk perjanjian yang tepat kerana itu adalah perkara yang terus dirundingkan dan Duta Besar Satterfield berada di lapangan merundingkannya," kata Miller.
Perjanjian ini adalah untuk 20 trak, tetapi terdapat 200 trak lain yang telah berada di luar sempadan, justeru bantuan boleh diteruskan jika terdapat perjanjian.
Israel akan ingin terlibat dalam mekanisme kawalan, kata sumber itu, untuk memastikan mereka meluluskan apa yang akan dimasukkan.
"Situasi boleh berubah dengan cepat, baik ke arah yang lebih baik mahupun yang lebih buruk," kata mereka.
Miller pada Khamis mengulangi kebimbangan yang diutarakan oleh kerajaan Israel bahawa Hamas akan cuba mengalihkan bantuan untuk Gaza adalah "kebimbangan yang sah."
Berbual dengan wartawan semasa penerbangan pulang ke AA dari Israel pada hari Rabu, Biden berkata, Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi, bersetuju untuk membuka pintu perlintasan Rafah untuk "membenarkan sehingga 20 truk sebagai permulaan."
Jalan ke Gaza perlu diperbaiki dan lubang-lubang perlu diisi sebelum truk-truk itu boleh lalu.
Beliau berkata, kerja-kerja itu pula akan mengambil masa kira-kira lapan jam pada hari Khamis untuk dilakukan dan beliau mengjangkakan truk-truk itu akan bergerak pada hari Jumaat.
Pada hari Khamis, media dan pegawai keselamatan Mesir juga memberi isyarat pintu lintasan itu akan dibuka pada hari Jumaat. - CNN
Agensi
Thu Oct 19 2023
Konvoi trak yang membawa bekalan makanan dan keperluan lain menanti di sempadan Rafah-Gaza pada Khamis menunggu lampu hijau bagi membenarkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.