Lima individu terbunuh susulan beberapa insiden tembakan yang dilakukan secara berasingan termasuk di sebuah Pusat Jagaan Orang Tua Retama Manor di Corpus Christi, Texas, Amerika Syarikat.

Setiausaha Bandar Robstown, Herman Rodriguez berkata menerusi akaun Twitter bahawa tiga individu terbunuh pada malam Jumaat di Pusat Jagaan Orang Tua Retama Manor.

Rodriguez berkata, para pegawai bergegas ke pusat jagaan itu pada pukul 7 petang Jumaat dan menemui mayat dua lelaki dan satu wanita.

Dua lagi ditemui di rumah salah seorang daripada mangsa pusat jagaan yang mati, kata Rodriguez.

Katanya, ahli keluarga mangsa yang mati telah pergi ke rumah itu dan menemui mayat dua lelaki.

Rodriguez berkata, pihak berkuasa percaya insiden tembakan itu mempunyai hubung kait dan setakat ini identiti mangsa belum diperolehi serta motif pembunuhan masih dalam siasatan.