Lima sekeluarga maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah jalan raya di China.
Dalam kejadian pada 11.00 pagi 2 Oktober lalu, keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta empat anak mereka dirakam kamera CCTV sedang berjalan di laluan pejalan kaki.
Namun, secara tiba-tiba sebuah trak memecut laju ke arah keluarga itu dari belakang lalu melanggar mangsa menyebabkan mereka tercampak ke jalan.
Tragisnya, si bapa diseret kenderaan tersebut kira-kira 100 meter ke seberang jalan.
Seorang anak pasangan malang itu walau bagaimanapun terselamat dalam insiden itu. Rakaman CCTV menunjukkan dia kelihatan terkejut dan menangis di tengah jalan sejurus selepas kejadian.
Orang awam yang melihat insiden lantas mengejar dan menahan pemandu kenderaan berkenaan.
Menurut laporan China Digital Times, ketika kejadian pemandu itu dipercayai leka menggunakan telefon bimbit hingga kenderaannya terbabas dan merempuh keluarga malang itu.
Pemandu tersebut dilapor telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Astro Awani
Mon Oct 09 2017
Pemandu kenderaan pacuan empat roda merempuh lima sekeluarga sehingga maut di Hunan, China -Facebook/wow996
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Bangunan runtuh di China, dua lagi berjaya diselamatkan
Dua mangsa berjaya diselamatkan selepas lebih 50 jam kejadian bangunan runtuh di Changsa, Hunan, China.
Hujan lebat terus melanda China, jutaan penduduk terjejas
Antara kawasan yang terjejas teruk adalah di Chongqing selepas banjir yang melanda dikategorikan pada tahap tiga.
Koronavirus: Doktor meninggal selepas 10 hari merawat pesakit tanpa henti
Seorang doktor meninggal dunia selepas terkena serangan jantung dipercayai akibat tidak cukup rehat kerana bertugas selama 10 hari berturut-turut tanpa henti.
Virus H5N1 pula serang China, lebih 4,000 ayam mati
Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang mempunyai 7,850 ekor ayam.
Kakak maut selamatkan adik dalam kebakaran
Zimo ditemukan dalam keadaan memeluk tubuh adiknya, Mozi, 5, yang berbalut dengan selimut.
Gara-gara palsukan kematian sendiri, lelaki hilang isteri dan anak
Lelaki berusia 34 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas keretanya ditemui di dalam sungai walaupun 'mayatnya' gagal ditemui.
Isteri berguling di atas jalan selama sejam, elak suami diheret ke balai polis
Seorang isteri tiba-tiba 'sawan' selepas suaminya mahu diheret ke balai polis gara-gara gagal mengemukakan lesen memandu atau dokumen pendaftaran motosikalnya.
Lima sekeluarga maut dirempuh pemandu leka main telefon bimbit
Lima sekeluarga maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala hanya seorang sahaja kanak-kanak yang terselamat.
Jambatan kaca baru di China retak, pelancong lari ketakutan
Baru sahaja dibuka selama dua minggu, laluan jambatan gantung kaca di Hunan, China dilaporkan retak semalam sehingga menyebabkan pelancong berlari dalam ketakutan.