TEHRAN: Beberapa letupan kuat kedengaran di ibu negara Iran, Tehran dan bandar berdekatan bandar Karaj awal pagi Sabtu, lapor media antarabangsa.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada komen rasmi daripada pihak berkuasa Iran telah dibuat lagi.

Dalam perkembangan sama, CNN melaporkan, Israel telah memulakan serangan balas terhadap Iran berikutan serangan dari Tehran awal bulan ini, menurut seorang pegawai yang enggan dikenali. - Agensi