Alain Robert, seorang warga Perancis berusia 50 tahun mahu mendaki bangunan di Cuba dikenali sebagai Habana Libre atau Free Havana tanpa peralatan keselamatan.

Bangunan itu tingginya 27 tingkat atau bersamaan 126 meter.

Free Havana jauh lebih rendah berbanding bangunan yang didakinya sebelum ini.

Dia sebelum ini berjaya menawan bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa di Dubai.

Malah, Robert juga pernah mendaki Menara Kembar Petronas setinggi 88 tingkat dalam tempoh 90 minit pada 2009.

Namun bagi Robert, mendaki Free Havana memberi cabarannya tersendiri.

“Free Havana lambang revolusi dan kerana itu, mendakinya lebih mencabar,” kata Robert.

Free Havana, asalnya Hotel Hilton, dibina pada 1959.

Bekas Presiden Fidel Castro pernah memiliki pejabat peribadi di bangunan itu selepas berjaya dalam Revolusi Cuba.