KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia Ahmad Mustakim Abdul Hamid dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh mahkamah tentera Somalia kerana terbabit dengan aktiviti kumpulan Al-Shabaab.
Atase Akhbar Kedutaan Somalia di Malaysia Abdimajit M. Osman ketika dihubungi Bernama berkata hukuman itu dibaca oleh Ketua Mahkamah Angkatan Tentera, Kolonel Hassan Ali Nur Shuuto.
"Namun, di bawah sistem kehakiman Somalia, Ahmad Mustakim berpeluang untuk buat rayuan," jelas Abdimajit.
Semalam Bernama melaporkan perbicaraan Ahmad Mustakim bermula pada 2019 dan dia dilayan dengan baik serta mendapat perbicaraan yang adil mengikut undang-undang Somalia.
Ahmad Mustakim dipercayai masuk ke Somalia sekitar 2009 atau 2010.
"Somalia sudah sekian lama dihimpit penderitaan kerana warga asing yang menyokong Al-Shabaab. Kerajaan kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga asing yang menjejakkan kaki ke Somalia untuk menyokong kegiatan keganasan.
"Bagaimanapun, Somalia tetap mengalu-alukan rakyat Malaysia yang selalu memberikan bantuan. Somalia dan Malaysia mempunyai sejarah hubungan yang erat. Kerajaan Somalia sentiasa berhasrat untuk mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara," katanya.
Abdimajit berkata, Ahmad Mustakim, 34, rakyat Malaysia pertama yang didakwa membantu Al-Shabaab di Somalia.
Sementara itu, Agensi Berita Somali (SONNA) melaporkan mahkamah itu turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap seorang lagi warga asing yang ditahan bersama dengan Ahmad Mustakim.
"Ahmad Mustakim membantu kumpulan itu dengan memberikan pertolongan cemas dan mengambil bahagian dalam pertempuran di Mogadishu dan Dhusamareb," kata agensi itu berdasarkan transkrip terjemahan oleh Kedutaan Somalia di Malaysia.
Pada Sabtu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata Kementerian Luar memantau rapat penahanan dan proses perundangan yang dikenakan terhadap Ahmad Mustakim.
Saifuddin berkata pegawai Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan sudah pun berhubung dan mengadakan lawatan konsular bagi memastikan kebajikan dan kesihatan Ahmad Mustakim sentiasa terjaga.
"Kementerian Luar akan terus pantau perkembangan kes ini dan hulurkan bantuan sewajarnya kepada beliau (Ahmad Mustakim) dengan memastikan supaya hak-hak dan kebajikan sentiasa terjaga di samping pastikan beliau dibicarakan secara adil berlandaskan perundangan sewajarnya.
"Kita mesti menghormati undang-undang negara tersebut dan mungkin kita akan minta supaya wakil kedutaan hadir ketika perbicaraan kelak," katanya.
Al-Shabaab, sekutu paling kuat al-Qaeda, terkenal dengan serangan berprofil tinggi seperti serangan 2013 terhadap Westgate Mall di Nairobi, Kenya selain terbabit dengan pembunuhan ahli politik dan pegawai tentera Somalia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021

Semalam Bernama melaporkan perbicaraan Ahmad Mustakim bermula pada 2019 dan dia dilayan dengan baik serta mendapat perbicaraan yang adil mengikut undang-undang Somalia. - Gambar fail/ Bernama

Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia dijangka dibentuk menjelang sambutan HAWANA - Fahmi
Lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) dijangka dapat dibentuk menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 yang bakal diadakan pada Jun ini.
AWANI Borneo [19/3/2025] – Lemas| Lindungi kepentingan Sarawak| Kos lebih RM2 juta
AWANI Borneo Rabu, 19Mac 2025 bersama Pia Ernadya
1. Jasad seorang mangsa lemas di Mukah ditemui, adik masih hilang
2. DAP Sarawak sedia bekerjasama dengan GPS tangani kemelut minyak dan gas
3. 34 tabika perpaduan di Sabah dikenal pasti untuk dibaik pulih.
1. Jasad seorang mangsa lemas di Mukah ditemui, adik masih hilang
2. DAP Sarawak sedia bekerjasama dengan GPS tangani kemelut minyak dan gas
3. 34 tabika perpaduan di Sabah dikenal pasti untuk dibaik pulih.
Pantau Agenda Reformasi: Majlis Iftar Muhibah 2025: Perkukuh perpaduan
Siaran langsung dari Majlis Iftar Muhibah 2025 di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya, antara lain bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan masyarakat Malaysia dari pelbagai latar belakang kaum dan agama.
Jasad seorang mangsa lemas di Mukah ditemui
Mangsa, Dexper Kiu Kuang Wei ditemui sekitar jam 4.40 petang Rabu, pada jarak radius 1.2 kilometer dari lokasi dia kali terakhir dilihat.
Pemancing guna cara tradisional bantu cari mangsa lemas
Selain pasukan SAR, orang perseorangan turut membantu operasi mencari dan menyelamat dan ada antara mereka menggunakan peralatan tradisional.
34 tabika perpaduan di Sabah dikenal pasti untuk dibaik pulih.
34 tabika perpaduan di Sabah telah dikenal pasti akan diperbaiki dengan kos lebih RM2 juta melalui peruntukan RM10 juta yang telah diluluskan untuk kerjab pembaikan tabika perpaduan seluruh negara dalam Belanjawan 2025.
PRN Sabah: UMNO Sabah tidak bertanding semua kerusi
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata parti tetap dengan keputusannya untuk tidak bertanding solo dan juga tidak akan bertanding di semua kerusi dalam PRN Sabah ke-17.
Kuching tuan rumah Persidangan Karbon Asia 2025
Persidangan itu akan menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar dan pendukung kelestarian untuk membincangkan trend terkini, dasar, dan penyelesaian dalam pengurusan karbon serta tindakan terhadap perubahan iklim.

Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden.
UMNO Lahad Datu intai rampas kembali semua empat kerusi DUN
Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berkata pihak mereka yakin akan merampas kembali kerusi DUN Kunak,Tungku,Segama dan Silam berkenaan yang pernah menjadi bekas kubu kuat BN suatu ketika dahulu.

Lagi serangan bom di Somalia, tujuh maut
Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.

WHO tingkatkan usaha tangani kolera di Somalia
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata badan kesihatan dunia itu akan meningkatkan usaha membendung penularan kolera di Somalia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Somalia haramkan TikTok, Telegram, 1XBET
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Somalia memutuskan untuk melarang penggunaan TikTok dan Telegram serta platform pertaruhan dalam talian 1XBET.

Somalia: Pasukan ATMIS bunuh militan al-Shabaab
Misi Peralihan Kesatuan Afrika (AU) di Somalia (ATMIS) berkata tenteranya membunuh dua militan al-Shabaab selain pada petang Jumaat di Beled Amin, barat daya Somalia.

Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam serangan hotel di Somalia
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam.

Malaysia berhasrat perkukuh hubungan dengan Somalia - PM Anwar
Malaysia berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Letupan bom di Somalia ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa
Seorang pengebom bertindak meletupkan dirinya sehingga mengorbankan 13 orang, termasuk Datuk Bandar Abdullahi Ali Wafow.

Menteri kesihatan, orang awam cedera serangan bom kereta di Somalia
Ramai dilaporkan cedera dalam satu insiden serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah hotel popular di bandar Jowhar, selatan Somalia pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Somalia beri amaran bakal hadapi kebuluran yang teruk
6.1 juta rakyat Somalia berdepan tahap bekalan makanan tidak terjamin yang melampau.