Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.
Bernama
Fri Oct 18 2024
Kumpulan al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dengan menyatakan bahawa pengebom itu menyasarkan akademi polis di daerah Hamar Jajab, Mogadishu. - Gambar hiasan
MOGADISHU: Tujuh orang termasuk anggota polis terbunuh pada Khamis selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di persimpangan sibuk di Mogadishu, ibu kota Somalia, menurut polis.
"Kami mengesahkan bahawa tujuh orang, terdiri daripada orang awam dan anggota polis, terbunuh dan enam lagi cedera dalam serangan bom bunuh diri yang berlaku di hadapan sebuah akademi polis," menurut polis seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.
Kumpulan al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dengan menyatakan bahawa pengebom bunuh diri itu menyasarkan akademi polis di daerah Hamar Jajab, Mogadishu.
Serangan terbaru ini berlaku ketika pelantikan ketua polis baharu dan persiapan oleh kerajaan Somalia untuk mengambil alih tanggungjawab keselamatan daripada Misi Peralihan Kesatuan Afrika di Somalia (ATMIS) pada Disember.