SEORANG lelaki cedera parah manakala dua ekor anjing maut selepas diserang tiga ekor harimau di hutan Taman Negara Khao Laem dalam daerah Thong Pha Phum, Thailand.
Serangan pada hari Jumaat itu menyebabkan pegawai Taman Negara Khao Laem melarang kemasukan ke kawasan hutan berhampiran anak sungai Pilok-Samathor dan hutan berhampiran selama 90 hari atas sebab keselamatan.
Memetik laporan Bangkok Post, mangsa merupakan seorang penduduk tempatan, dikenali sebagai Wan, 46, kata Niphon Chamnongsirisak, pengarah Protected Area Regional Office 3 (Ban Pong).
Menurutnya, mangsa difahamkan meninggalkan kampungnya kira-kira jam 9 pagi pada Jumaat untuk mencari sembilan ekor kerbaunya yang sedang meragut rumput di dalam Taman Negara Khao Laem.
Niphon berkata, jarak rumah mangsa dengan kawasan itu adalah kira-kira empat kilometer dan ketika kejadian, mangsa ditemani tiga ekor anjing peliharaannya.
Sekitar waktu tengah hari, Wan menyedari tiga ekor harimau sedang meluru dan menyerangnya.
“Mangsa berjaya memanjat pokok untuk menyelamatkan diri tetapi dua daripada tiga anjingnya diserang oleh harimau itu dan membaham,” kata Niphon.
Tambahnya, selepas harimau itu berundur, Wan turun dari pokok dan menaiki salah seekor kerbaunya untuk pulang ke rumah.
“Dalam perjalanan, dia terserempak dengan seorang kawan dan meminta bantuan. Dia kemudian dibawa ke kampung sebelum kes itu dilaporkan kepada pihak berkuasa,” ujarnya.
Di tubuh Wan, terdapat sekurang-kurangnya 20 luka, sebahagian daripadanya serius - di leher, tangan, lengan, kaki dan muka dan dia kini dirawat di Hospital Thong Pha Phum.
Selepas serangan itu, Taman Negara Khao Laem mengerahkan kira-kira 10 renjer untuk memeriksa tempat kejadian dan mengawal kawasan itu bagi mengelak haiwan itu menyerang penduduk setempat.
Buat masa ini, penduduk tidak dibenarkan memasuki kawasan hutan di dua taman negara itu.
Sekiranya masih ingin masuk, mereka memerlukan kebenaran daripada ketua taman dan akan diiringi oleh renjer, kata Niphon.
Agensi
Sun Jan 30 2022
![Lelaki cedera parah, dua anjing mati diserang tiga ekor harimau Lelaki cedera parah, dua anjing mati diserang tiga ekor harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643524188_Maninjuredtwodog.jpg)
Selepas serangan itu, Taman Negara Khao Laem mengerahkan kira-kira 10 renjer untuk memeriksa tempat kejadian dan mengawal kawasan itu bagi mengelak haiwan itu menyerang penduduk setempat.
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Seekor lagi harimau belang dilihat di Kampung Ulu Kuang, Ipoh - Perhilitan Seekor lagi harimau belang dilihat di Kampung Ulu Kuang, Ipoh - Perhilitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707803830_HarimauBelang.jpg)
Seekor lagi harimau belang dilihat di Kampung Ulu Kuang, Ipoh - Perhilitan
Perhilitan Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran seekor lagi harimau belang di sekitar Kampung Ulu Kuang, Chemor.
![Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704427041_TBharimaubelang.jpg)
Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau
Perhilitan Perak mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar.
![Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704337688_TBharimaubelang.jpg)
Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan
Tindakan telah diambil untuk menghalau harimau berkenaan supaya masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut.
![Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701387442_CheSulaimanCheKob.jpg)
Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk
Mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.
![Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696469937_maut.jpg)
Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menyumpit berhampiran kawasan Kampung Sugi pada Selasa.
![Orang Asli Pos Bihai dakwa harimau berkeliaran berhampiran rumah Orang Asli Pos Bihai dakwa harimau berkeliaran berhampiran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693053180_Tiger.jpg)
Orang Asli Pos Bihai dakwa harimau berkeliaran berhampiran rumah
Penduduk Kampung Tendrik Apek Asud, 39, berkata terbaharu beberapa tapak harimau ditemukan berhampiran rumah penduduk kampung itu, semalam.
![Orang Asli nampak harimau berkeliaran berhampiran kampung di Gua Musang Orang Asli nampak harimau berkeliaran berhampiran kampung di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684485138_TBHarimauMalaya.jpg)
Orang Asli nampak harimau berkeliaran berhampiran kampung di Gua Musang
Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu.
![Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683800432_TamanNegaraGuaMu.jpg)
Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua
Kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, APM serta Perhilitan terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi.
![Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683341105_HarimauBelang.jpg)
Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata Unit Harimau sedang melakukan pemantauan di Bukit Berekeh, Sungai Siput, ketika ini.
![Menggigil nampak 'pak belang' lintas jalan di Rembau Menggigil nampak 'pak belang' lintas jalan di Rembau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681720812_HarimauSKChengkau.jpg)
Menggigil nampak 'pak belang' lintas jalan di Rembau
Seorang pekerja buruh binaan mendakwa ternampak harimau belang melintas jalan di Kampung Batu Putih berhampiran Sekolah Kebangsaan Chengkau di Rembau pada Isnin.