Saintis paling tua di Australia, yang pernah mencetus sensasi apabila mengundurkan diri dari universiti pada usia 102 tahun, dua tahun lalu, akan diterbangkan ke Switzerland untuk menjalani prosedur 'mencabut nyawa' secara sukarela.
David Goodall, yang kini berusia 104 tahun, tidak mempunyai sebarang penyakit serius namun menyedari tahap kualiti kesihatannya tidak sebaik dahulu.
Namun, dia menyifatkan hayat hidupnya sudah ‘memadai’, lalu telahpun membuat temu janji dengan sebuah agensi khas di Basel, Switzerland untuk mengakhiri nyawanya.
Keputusan sebegitu lazimnya dilakukan agensi berkenaan daripada individu yang menawarkan diri secara sukarela, lapor AFP.
“Saya menyesal kerana sampai ke usia ini. Saya tidak bahagia. Namun ia bukan bermakna hidup saya menyedihkan. Apa yang sedih adalah sekiranya keinginan itu dihalang.
"Saya merasakan bahawa orang tua seperti saya perlu memiliki hak kewarganegaraan penuh, termasuk hak untuk mengakhiri nyawa secara sukarela dan terbimbing,” kata Goodall kepada stesen penyiaran Australia, ABC.
Perbuatan mengakhiri nyawa secara sukarela dan terbimbing atau euthanasia adalah diharamkan di kebanyakan negara di seluruh dunia dan telah diharamkan di Australia, hinggalah negeri Victoria menjadi yang pertama mengizinkan perkara itu tahun lalu.
Namun, undang-undang itu, yang berkuat kuasa dari Jun 2019, hanya merujuk kepada pesakit-pesakit yang menderita penyakit serius, dan mempunyai jangka hayat kurang daripada enam bulan.
Negeri-negeri lain di Australia sebelum ini telah berdebat tentang amalan euthanasia, namun sering dibatalkan, dengan yang terakhir ia tidak diluluskan di negeri New South Wales tahun lalu.
Firma Exit International, yang membantu Goodall dalam perjalanannya ke Basel, berkata adalah tidak adil apabila salah seorang warga Australia yang paling tua dan terkenal terpaksa membuat perjalanan jauh sebegitu untuk ‘mati secara terhormat’.
“Kematian yang tenteram dan bermaruah adalah hak sesiapa saja yang mahukannya. Orang itu tidak perlu dipaksa meninggalkan rumah untuk mendapatkannya,” ujar firma tersebut dalam satu kenyataan.
Exit International telah melancarkan kempen GoFundMe untuk mencari dana bagi membolehkan Goodall mendapat tiket penerbangan. Kempen itu juga bagi membolehkan tiket penerbangan pembantu peribadinya dinaik taraf ke kelas bisnes.
Goodall, seorang penyelidik di Universiti Edith Cowan di Perth mencetus sensasi pada tahun 2016 kerana diisytihar tidak cergas untuk meneruskan khidmat.
Agensi
Wed May 02 2018

Goodall mahu tamatkan riwayatnya menerusi prosedur terbiming dan sukarela. - YouTube/NOS

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.

Suspek letupan Cybertruck di luar hotel Trump seorang veteran perang - FBI
Tiada petunjuk menunjukkan kaitan dengan serangan lain atau mana-mana organisasi pengganas.

Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.

CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.

Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.

Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.

Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.

Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.

Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.