NEW YORK: Lebih 2 juta kanak-kanak di Sudan dipaksa keluar dari rumah mereka dalam tempoh empat bulan konflik di Sudan, kata Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Khamis.
Hampir 14 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan yang mendesak. Ramai daripada mereka berdepan pelbagai ancaman dan pengalaman menakutkan setiap hari, kata agensi kanak-kanak itu, menurut Xinhua.
"Selain daripada kawasan panas konflik seperti Darfur dan Khartoum, pertempuran sengit kini telah merebak ke kawasan berpenduduk lain, termasuk di Kordofan Selatan dan Barat mengehadkan penghantaran dan akses perkhidmatan menyelamatkan nyawa bagi mereka yang memerlukan segera," kata UNICEF.
Agensi itu menjangkakan 20.3 juta orang akan berdepan isu ketidakcukupan makanan bulan depan, sekurang-kurangnya separuh daripada mereka adalah kanak-kanak.
"Ini bermakna lebih 10 juta kanak-kanak berkemungkinan mengurangkan kuantiti atau kualiti makanan yang mereka makan untuk terus hidup," kata UNICEF.
"Dalam banyak kes, keluarga akan dipaksa untuk melakukan kedua-duanya."
Agensi itu berkata lebih daripada 9.4 juta kanak-kanak di Sudan kekurangan akses kepada air minuman yang selamat manakala 3.4 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun berisiko tinggi mendapat penyakit cirit-birit dan taun.
Di wilayah Khartoum, Darfur dan Kordofan, kurang daripada satu pertiga daripada kemudahan kesihatan berfungsi sepenuhnya, kata UNICEF.
Pergolakan dan perpindahan juga menghalang pesakit dan pekerja kesihatan daripada sampai ke hospital dan kemudahan kesihatan lain, dengan kebanyakannya dilaporkan diserang dan dimusnahkan.
Agensi itu berkata ia telah menyediakan kesihatan; pemakanan; air, sanitasi dan kebersihan; pendidikan; dan perkhidmatan perlindungan kepada lebih 4 juta kanak-kanak, ibu dan keluarga di seluruh Sudan.
Dalam tempoh 100 hari akan datang, ia memerlukan AS$400 juta dengan segera untuk mengekalkan dan meningkatkan tindak balas krisisnya untuk menyokong kanak-kanak yang terjejas. - BERNAMA-XINHUA
Bernama
Fri Aug 25 2023
![Lebih 2 juta kanak-kanak hilang tempat tinggal di Sudan - UNICEF Lebih 2 juta kanak-kanak hilang tempat tinggal di Sudan - UNICEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691641006_Sudanesepeople.jpg)
Lebih 2 juta kanak-kanak di Sudan dipaksa keluar dari rumah mereka dalam tempoh empat bulan konflik di Sudan, kata Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) pada Khamis. - Gambar fail/REUTERS
![Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696495589_AirPaip.jpg)
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
Tumpuan Rabu – 24 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721731141_tbCREaTE.jpg)
KKR mohon MOF tambah peruntukan pembangunan produk inovasi
Ahmad Maslan berkata tambahan peruntukan berkenaan amat diperlukan kerana kos mempatenkan sesuatu produk inovasi memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak termasuk kos penghasilannya.
![Nur Adlina harap menyerlah pada penampilan terakhir SUKMA Nur Adlina harap menyerlah pada penampilan terakhir SUKMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721727527_NurAdlinaNasreenb.jpg)
Nur Adlina harap menyerlah pada penampilan terakhir SUKMA
Atlet pelayaran Perlis Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri berharap dapat tampil menyerlah pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
![LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721726694_tbJohariAbdulGhani.jpg)
LGM disaran rangka program konsolidasi bangunkan ladang getah terbiar
Lembaga Getah Malaysia (LGM) disaran merangka program konsolidasi untuk membangunkan ladang getah yang terbiar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada getah import.
![Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721738910_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemegang sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) layak memasuki sektor perkhidmatan awam.
![Prosedur, sistem komunikasi di lapangan terbang boleh ditambah baik - Loke Prosedur, sistem komunikasi di lapangan terbang boleh ditambah baik - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719037630_AnthonyLoke.jpg)
Prosedur, sistem komunikasi di lapangan terbang boleh ditambah baik - Loke
Beberapa perkara berkaitan prosedur dan sistem komunikasi di lapangan terbang dilihat boleh ditambah baik.
![Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721726614_CMGperniagaanChi.jpg)
Perniagaan AS diharap menyumbang kepada perkembangan hubungan negaranya dengan China
China komited untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan dialog, mengawal perselisihan serta memperkasakan kerjasama bagi menstabilkan dan menambah baik hubungan bilateral.
![Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang lelaki warga Bangladesh untuk mengurangkan hukuman penjara 35 tahun yang dijatuhkan bagi kesalahan membunuh teman wanitanya.
![Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721744130_Perai.jpg)
Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini menjalankan penguatkuasaan terhadap sebuah kilang pembuatan logam di kawasan Zon Perindustrian Bebas 1 Perai di sini susulan aduan pencemaran udara.
![Pengasas rumah anak yatim kongsi pengalaman awal, buntu diarah pindah segera Pengasas rumah anak yatim kongsi pengalaman awal, buntu diarah pindah segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721560486_IbuMaryam.jpg)
Pengasas rumah anak yatim kongsi pengalaman awal, buntu diarah pindah segera
Berbekalkan pengalaman bergelar sukarelawan di sebuah rumah anak anak yatim di Banting, Mariamah Miskan akhirnya mengambil langkah berani menubuhkan rumah penjagaan anak-anak yatim.
![Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720607642_Handcuffedwomen.jpg)
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
![Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly
Jumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang disahkan autisme meningkat kepada 1,681 kes pada tahun lalu berbanding 183 pada 2013.
![FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714194306_TBtiktokjpg.jpg)
FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak
TikTok menolak dakwaan terbabit menerusi satu kenyataan di platform X, dengan menyatakan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan FTC selama lebih setahun.
![Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717895131_tbhostages.jpg)
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
![Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717807740_TBRiyadMansour.jpg)
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
Kata wakil Palestin ke PBB, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya selama beberapa dekad.
![Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717147549_TBpdrm.jpg)
Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air
Ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.
![Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717468003_MahmudJumaat.jpg)
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
![Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706879167_TBImigresen.jpg)
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41585709118_kidsgadget.jpg)
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.