MEXICO CITY: Lebih 10,000 penduduk di wilayah Pinar del Rio di barat Cuba dipindahkan susulan hurikan Ida yang membadai kawasan berkenaan, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat.

Hurikan itu melanda pulau Isla de la Juventud, jumlah kerosakan belum dapat dipastikan dan setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa.

Menurut Pusat Taufan Amerika Syarikat kekuatan angin yang dicatatkan pada Jumaat petang ialah 75 kilometer sejam.

-- BERNAMA