KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu berkuatkuasa pada 15 Mei depan.
Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Republik itu, Wong bakal menggantikan Lee Hsien Loong yang menyandang jawatan tersebut sejak 2004.
"Perdana Menteri Lee akan mengosongkan jawatan pada 15 Mei 2024 ini.
"Wong mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP)," menurut kenyataan itu.
Jelas PMO Singapura lagi, majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana pada 15 Mei sekitar jam 8 malam.
Kenyataan sama menambah Lee secara rasmi akan menasihatkan kepada Presiden untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, dan menggantikan Wong sebagai Menteri Kewangan.
Sementara itu, Wong dalam kenyataan di laman Facebook meluahkan rasa berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab baharu sebagai Perdana Menteri Singapura seterusnya.
"Saya menerima tanggungjawab ini dengan rendah hati dan rasa tanggungjawab yang mendalam. Saya berikrar untuk memberikan yang terbaik kepada anda dalam usaha ini.
"Bersama-sama, kita dapat membina masa depan yang lebih cerah bagi semua rakyat Singapura," ujar beliau.
Wong, 51, kini turut memegang jawatan Menteri Kewangan dan dilantik dua tahun lalu sebagai pemimpin pasukan generasi keempat (4G) PAP.
Wong akan menjadi Perdana Menteri Singapura keempat selepas Lee; Goh Chok Tong (1990) dan Lee Kuan Yew (1959).
Astro Awani
Mon Apr 15 2024
Wong (kanan) bakal menggantikan Lee Hsien Loong (kiri), yang menyandang jawatan tersebut sejak 2004 - Foto/REUTERS
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
Paderi ditikam: PM Wong seru rakyat Singapura bertenang, bersatu padu
Keganasan tidak mempunyai tempat di Singapura dan semua orang digesa untuk menyokong satu sama lain dalam semangat keharmonian.
Sultan Nazrin berangkat hadiri majlis santapan tengah hari bersama PM Wong
PM Wong dan Sultan Nazrin mengadakan perbincangan yang meluas mengenai perkembangan global, masa depan ASEAN dan hubungan Singapura-Malaysia.
Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
Paus Francis tiba di Singapura bagi lawatan negara, sempurnakan jelajah Asia Pasifik
Paus Francis tiba di Singapura untuk lawatan negara selama tiga hari bagi menyempurnakan Perjalanan Apostolik beliau ke rantau Asia Pasifik.
PM Singapura gariskan inisiatif baharu pada perhimpunan hari kebangsaan
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menggariskan beberapa inisiatif baharu merangkumi empat bidang utama.
Singapura akan bina Kolej Pengajian Islam lahirkan pemimpin Islam masa depan - PM Wong
Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam Singapura untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.