WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan melawat Vietnam minggu depan untuk bertemu dengan pegawai tertinggi negara itu, termasuk Setiausaha Agung Nguyen Phu Trong, dalam usaha untuk mengeratkan kerjasama, kata Rumah Putih pada Isnin.
Beliau akan tiba di Vietnam pada 10 Sept dalam perjalanan pulang daripada Sidang Kemuncak G20 di India, lapor United Press International (UPI).
Biden akan berada di New Delhi pada 7 Sept, dua hari sebelum sidang kemuncak yang ditetapkan pada 9 dan 10 Sept.
Di Hanoi, Biden dan ketua Parti Komunis Vietnam, Trong akan meneroka peluang untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Vietnam yang bertumpukan teknologi dan didorong inovasi, serta meningkatkan keamanan, kemakmuran dan kestabilan di rantau ini, kata setiausaha akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan.
Ketika hubungan AS-China yang semakin tegang dengan China, kedua-dua pemimpin itu akan berusaha untuk menjalin hubungan yang lebih erat melalui pertukaran pendidikan dan program pembangunan tenaga kerja serta menangani perubahan iklim, katanya.
Hubungan antara Vietnam dan AS semakin berkembang sejak bekas musuh Perang Dingin itu menjalin semula hubungan diplomatik pada tahun 1995 dan kini meliputi hubungan rasmi dalam bidang ekonomi, politik dan keselamatan.
Lawatan Biden itu juga memungkinkan kedua-dua pihak menandatangani perjanjian perkongsian strategik baharu dalam teknologi tinggi, termasuk pengeluaran semikonduktor dan kercedasan buatan, lapor Politico bulan ini.
Biden adalah pemimpin keempat AS yang melawat Vietnam, empat bulan selepas Setiausaha Negara Antony Blinken bertemu dengan Trong dan pegawai tertinggi Vietnam dalam usaha menjadikan "rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, berhubung, makmur, selamat dan berdaya tahan, aman dan menghormati undang-undang antarabangsa."
Pertemuan Blinken bertepatan dengan ulang tahun ke-10 Perkongsian Komprehensif AS-Vietnam yang dilancarkan oleh Presiden Barack Obama pada 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Biden akan tiba di Vietnam pada 10 Sept dalam perjalanan pulang daripada Sidang Kemuncak G20 di India. - Gambar fail/REUTERS

Pemetaan sempadan Putrajaya-Selangor hampir selesai - Dr Zaliha
Proses persempadanan antara Putrajaya dan Selangor kini hampir selesai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Kemboja terima pakai prinsip Satu China
Raja Kemboja menekankan pendirian negara itu untuk menerima pakai prinsip Satu China, susulan lawatan ke China.
Kemasukan tanpa visa Thailand bakal dipendekkan kepada 30 hari
Tempoh kemasukan ke Thailand tanpa visa akan dipendekkan daripada 60 kepada 30 hari bagi mengekang kegiatan warga asing yang menjalankan perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, menyatakan keputusan ini dibuat selepas menerima banyak aduan mengenai peningkatan aktiviti perniagaan haram.
Serangan Israel pada bulan Ramadan tidak boleh diterima - Menteri Singapura
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata serangan yang dilancarkan oleh Israel pada bulan Ramadan adalah tidak boleh diterima dan dikesali.
STR Fasa 2: RM1.7 bilion mula disalur Isnin
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan disalurkan Isnin depan dengan pereuntukan sebanyak RM1.7 bilion kepada hampir sembilan juta penerima yang layak #AWANInews
Malaysia ingin wujudkan ekosistem mobiliti seragam - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Malaysia mahu wujudkan ekosistem mobiliti yang seragam di ASEAN.

JDT lantik Luis Garcia sebagai CEO bermula 1 April
JDT melantik pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Treler bawa tujuh kereta baharu terjunam dalam gaung
Sebuah rumah penduduk turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok yang tumbang akibat kemalangan berkenaan.
Hong Leong Bank lancar lagu Senyum Senyum Raya
Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan lagu raya bertajuk Senyum Senyum Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Alif Satar.

Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu.

Trump janji sokongan dasar untuk industri kripto
Presiden Amerika Syarikat berjanji untuk memberikan sokongan dasar kepada industri kripto dan aset digital lain.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Gelar Presiden Ukraine, Zelenskyy ‘diktator’, Trump elak jawab soalan wartawan…
Presiden AS menyoal wartawan apakah benar beliau menggelar Zelenskyy sebagai 'diktator' dan tidak mempercayai kata-kata itu keluar dari mulutnya.

Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.

Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.

Musk akan diarahkan cari "penipuan dan salah guna" berbilion dolar di Washington - Trump
Trump akan mengarahkan Elon Musk, Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), untuk mengenal pasti "ratusan bilion dolar penipuan dan salah guna" di Washington.

Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kesediaan beliau untuk membuat satu perjanjian dengan dengan Iran sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.

Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.