HAMBURG: Lapangan Terbang Hamburg ditutup selepas seorang lelaki bersenjata merempuh premis itu dan melepaskan dua das tembakan ke udara, kata jurucakap polis persekutuan Thomas Gerbert pada petang Sabtu.
Dalam kejadian sekitar jam 8 malam (1900 GMT), seorang lelaki bertindak merempuh pintu pagar dengan kenderaannya dan meluru ke anjung lapangan terbang, katanya kepada agensi berita Jerman (dpa).
Lelaki itu kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke udara. Dua kanak-kanak dipercayai berada dalam kenderaan terbabit.
Isteri lelaki itu sebelum ini dilaporkan telah menghubungi polis mengenai kemungkinan penculikan anak-anakya.
Polis peringkat negeri dan persekutuan dikerah ke lokasi kejadian, kata Gerbert.
Lapangan terbang yang sama pernah ditutup pada Oktober kerana ancaman serangan ke atas penerbangan dari Tehran ke Hamburg. - BERNAMA-dpa
Polis Hamburg tiada pilihan lain selain daripada menutup lapangan terbang Hamburg kerana perlu mengendalikan situasi kecemasan yang berkaitan hak penjagaan anak.
Lapangan terbang berkenaan ditutup untuk semua penerbangan selepas kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.
Dalam insiden itu, seorang lelaki memecut kenderaan melepasi pagar ke kawasan lapangan terbang ditemani seorang kanak-kanak.
Lapangan terbang ditutup untuk semua penerbangan lepas kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan.
Apa yang menggemparkan ialah kenderaan yang dipandu lelaki berusia 35 tahun bersama kanak-kanak berumur 4 tahun itu diletakkan di bawah pesawat, kata seorang jurucakap polis.
Sehubungan itu, pasukan keselamatan merangkumi pegawai dan anggota dikerahkan secara besar-besaran untuk mengawal keadaan.
Menurut jurucakap polis, insiden itu berkemungkinan ada kaitan dengan pertikaian hak penjagaan.
Ibu kanak-kanak itu memberitahu polis bahawa bapa kanak-kanak itu telah menghubunginya mengenai perbuatan tersebut.
Polis juga tidak mengesahkan kenyataan awal yang dikeluarkan pasukan berkenaan yang lelaki itu mempunyai senjata dan telah melepaskan tembakan.
Dalam perkembangan sama, jurucakap lapangan terbang Hamburg berkata, sebanya 27 penerbangan telah terjejas berikutan penutupan sementara operasi. - Agensi
Bernama
Sun Nov 05 2023

Pasukan keselamatan merangkumi pegawai dan anggota dikerahkan secara besar-besaran untuk mengawal keadaan di lapangan terbang Hamburg pada Sabtu. - AP

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Lapangan Terbang Hamburg ditutup selepas lelaki 'rempuh premis, lepas tembakan ke udara'
Dua kanak-kanak dipercayai berada dalam kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan.