PALOTINA: Sekurang-kurangnya lapan orang maut, seorang hilang dan puluhan lagi cedera selepas letupan silo bijirin di sebuah koperasi pertanian di selatan Brazil pada Khamis.

Letupan berlaku di Koperasi C.Vale di bandar kecil Palotina, kira-kira 600 kilometer dari ibu negeri Curitiba.

Menurut pegawai bomba, anjing pengesan sedang membantu mencari pekerja yang hilang yang berpotensi terperangkap di bawah timbunan bijirin.

Katanya lagi, puluhan individu telah dibawa ke hospital kerana kecederaan.

Presiden kumpulan Koperasi Ladang Parana, Jose Ricken memberitahu pemberita bahawa ia adalah kes terpencil dan tiada kejadian serupa berlaku di kawasan itu "dalam masa yang lama".

Ricken enggan membuat spekulasi mengenai punca letupan, menangguhkan soalan kepada pihak berkuasa kerana siasatan masih diteruskan.

Pakar mengatakan zarah habuk bijirin sangat mudah terbakar dan boleh menyebabkan kebakaran atau letupan di ruang terkurung seperti kemudahan penyimpanan bijirin.