Kesemua enam pegawai Marin Amerika Syarikat (AS) dan dua anggota Tentera Nepal maut apabila sebuah helikopter Tentera Udara AS yang dinaiki mereka terhempas dekat sini.
Serpihan bangkai helikopter UH-1Y Huey itu dijumpai berselerak pada ketinggian 11,200 kaki di timur laut kawasan bukit Kalinchok, kira-kira 50km ke timur Kathmandu dan kesemuanya ditemukan terbunuh, kata Mejar Jeneral Binoj Basnyat dari Tentera Nepal.
Bangkai helikopter Tentera AS itu dijumpai di kawasan nahas hampir 68 jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang.
Selepas menerima maklumat daripada penduduk tempatan, Tentera Nepal menugaskan sebuah helikopter Lancer dan Ecureuil ke kawasan nahas.
"Sejurus selepas lokasi nahas dikesan, pasukan lima anggota Tentera Nepal tiba di kawasan itu tetapi cuaca buruk dan angin kencang menghalang mereka daripada mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang rentung,"
kata Basnyat.
Helikopter Tentera AS itu dilaporkan hilang pada Selasa dari Dolkha semasa menjalankan misi kemanusiaan menyelamatkan mangsa gempa bumi di negara itu.
Punca sebenar nahas belum dikenal pasti tetapi laporan awal membayangkan ia mungkin akibat kesilapan manusia.
Bagaimanapun, Basnyat enggan mengulas namun berkata "ia hanya akan dikenal pasti selepas siasatan".
Gempa bumi yang menggegarkan Nepal pada 25 April dan 12 Mei lepas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 8,500 orang dan mencederakan lebih 15,000 orang selain merosakkan harta benda bernilai berbilion dolar.
AS telah menghantar satu pasukan tenteranya untuk membantu Nepal dalam operasi menyelamat.
Bernama
Sun May 17 2015
Sebuah helikopter tentera Nepal yang ternampak bangkai nahas helikopter marin Amerika Syarikat, mendarat di lapangan terbang di Kathmandu, Nepal pada Jumaat, 15 May. Foto AP/Bernat Armangue
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Penggodam China sasar data telefon Trump, JD Vance
Penggodam juga didakwa menyasarkan pasukan yang bergabung dengan kempen Kamala Harris-Tim Walz.
Perak jangka bentang belanjawan defisit November ini, langkah pengurusan kewangan lebih baik
Kerajaan Perak dijangka membentangkan belanjawan defisit pada November ini sebagai langkah pengurusan kewangan negeri yang lebih baik, kata Menteri Besar.
Rencana: Nelayan Gaza hadapi bedilan Israel untuk terus cari rezeki
Nelayan Palestin tiada pilihan lain selain terpaksa turun laut untuk cari rezeki sekalipun sedar bahaya diserang Israel menanti mereka.
Presiden Brazil batalkan perjalanan ke Sidang Kemuncak COP16 atas nasihat perubatan
Presiden Lula da Silva dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan jauh selepas mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh di bilik mandi pada 19 Okt.
Ekonomi global berisiko terperangkap dalam pertumbuhan rendah - IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global berisiko terperangkap dalam laluan pertumbuhan rendah dengan hutang tinggi.
Peningkatan peruntukan kepada pesawah komitmen kerajaan tingkatkan pengeluaran beras tempatan
Peningkatan 5.5 peratus peruntukan subsidi padi dan insentif kepada pesawah dalam Belanjawan 2025 berbanding tahun ini mencerminkan tekad kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan.
Aplikasi judi sebabkan kerosakan yang tidak dapat dibayangkan di sebalik peningkatan kasino di dalam poket
Beberapa kesan ketagihan perjudian diketahui umum, seperti kesan terhadap kewangan, pekerjaan, hubungan dan kesejahteraan mental.
Malaysia jadi penghubung BRICS dan ASEAN bagi pacu kerjasama
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berperanan penting dalam memupuk kerjasama lebih erat antara blok itu dengan BRICS.
Singapura perkenal vaksin COVID-19 terkini mulai 28 Okt
Vaksin COVID-19 terkini ini memberikan tindak balas imun yang lebih kuat terhadap strain terkini dan yang akan datang berbanding versi terdahulu.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi
Pusat gempa bumi itu terletak 0.1 Selatan dan 122.9 Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan
Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.
Gempa bumi kuat landa rantau Kepulauan Mariana
Pusat gempa bumi itu dikesan di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112km iaitu 2,156km tenggara dari Yokosuka, Jepun.
Gempa bumi 5.7 pada skala Richter landa barat Indonesia
Kekuatan gempa bumi tercatat pada III MMI (Modified Mercalli Intensity) di daerah Tapanuli Tengah dan bandar Gunungsitoli.
Gempa bumi kuat 6.2 skala Ritcher gegar Pantai Utara Papua New Guinea
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Utara Papua New Guinea pada 9.03 pagi ini.