LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Presiden Israel Isaac Herzog di Paris bahawa perlu ada "langkah segera" ke arah gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Anadolu.
"Perdana Menteri berkata mesti ada langkah segera ke arah gencatan senjata, supaya tebusan boleh dibebaskan dan lebih banyak bantuan kemanusiaan boleh dihantar untuk membantu mereka yang sangat memerlukan," kata pejabat Starmer dalam satu kenyataan pada Ahad.
Kedua-duanya juga membincangkan kesinambungan kerjasama dua hala dalam bidang utama seperti perdagangan dan pelaburan.
Israel, yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejamnya yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Okt.
Lebih sembilan bulan selepas serangan Israel, lebih 39,300 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta lebih 90,800 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang keputusan terbarunya memerintahkannya untuk segera menghentikan operasi ketenteraannya di bandar selatan Rafah, yang lebih 1 juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diserang pada 6 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Presiden Israel Isaac Herzog di Paris bahawa perlu ada "langkah segera" ke arah gencatan senjata di Gaza. - Gambar fail/AP
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
PDRM antara agensi paling tinggi ambil tindakan tatatertib
Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang paling tinggi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggotanya.
Zulkafli pangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat memangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini.
Larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun langkah positif - Pakar
Terdapat keperluan mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk tingkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
'Sempat berbual di telefon beberapa minit sebelum adik ditikam' - Kakak
Zulkifli Ibrahim dan anak perempuannya Siti Zulaila maut selepas ditikam oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam.
HPTN hargai peranan profesion teknikal, fokus generasi muda penggerak ekonomi
HPTN menekankan pembangunan modal insan yang dinamik dan komprehensif, dengan sokongan KKR dan agensi untuk memperkasakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
"Langkah segera" diperlukan ke arah gencatan senjata Gaza, PM Britain beritahu Presiden Israel
Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Presiden Israel Isaac Herzog di Paris bahawa perlu ada "langkah segera" ke arah gencatan senjata di Gaza.