Gambar-gambar yang memaparkan Mejar-Jeneral Sineenat Wongvajirapakdi, 34, disiarkan sempena penerbitan biografi rasmi Raja Maha Vajiralongkorn.
![Foto Istana Thailand via Reuters](http://img.astroawani.com/2019-08/71566966117_freesize.jpg)
Menurut kenyataan seorang sumber istana Thai, laman itu sedang diperbaiki susulan jumlah pengunjung yang ramai.
Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak istana mengenai perkara itu.
BACA ARTIKEL: Raja Thai lantik bekas kekasih sebagai gundik rasmi diraja
![Foto Reuters](http://img.astroawani.com/2019-08/41566965647_freesize.jpg)
Raja Maha Vajiralongkorn, 67, memberi gelaran itu kepada Sineenat Julai lalu, hanya dua bulan selepas mengahwini Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn, 41.
Selain juruterbang terlatih, Sineenat adalah jururawat dan pengawal.
![Foto Istana Thailand via Reuters](http://img.astroawani.com/2019-08/51566966151_freesize.jpg)
Pada 4 Mei lalu, Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri pada istiadat pertabalan yang gilang-gemilang mengikut keagamaan Hindu dan Buddha.
Sebelum ini, Raja Rama X pernah berkahwin sebanyak tiga kali yang mana perkahwinan pertama adalah dengan sepupu baginda, Puteri Soamsawali Kitiyakara pada tahun 1977.
![Foto Istana Thailand via Reuters](http://img.astroawani.com/2019-08/61566968800_freesize.jpg)