Seorang lagi wartawan Amerika mati dipenggal dipercayai ekoran tindakan ketenteraan berterusan negara Uncle Sam terhadap kumpulan jihadis.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Islamic State” itu mengeluarkan satu lagi video memaparkan seorang militan mengelar leher seorang tahanan warga Amerika.
Dalam rakaman terkini itu, Steven Sotloff, 31, berkata dia menjadi mangsa keputusan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang bertegas meneruskan serangan udara terhadap kumpulan jihadis.
Militan yang berada di sebelah Sotloff kemudian menyelar serangan udara Amerika di sekitar Mosul Dam di Iraq.
“Saya sudah kembali, Obama, dan saya datang lagi kerana keangkuhan dasar luar negara awak terhadap Islamic State,” katanya dalam loghat British.
Di akhir video itu yang ditemui di internet oleh SITE yang bertanggungjawab mengawasi pergerakan pengganas, dia turut mengancam membunuh seorang lagi tahanan yang dipercayai seorang warganegara British.
“Selagi peluru berpandu anda terus menyerang kami, pisau kami akan terus menyerang leher orang anda," dia berkata sebelum berpusing dan mengelar leher Sotloff.
"Kami menggunakan kesempatan ini untuk memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan yang berpakat dengan perikatan jahat Amerika yang menentang Islamic State untuk berundur dan meninggalkan orang kami."
Keluarga Sotloff yang tinggal di Miami mengeluarkan kenyataan melalui wakil mengesahkan rakaman itu.
"Keluarganya tahu tentang tragedi ini dan mereka sedang berkabung. Tiada komen buat masa ini."
Bulan lepas, seorang wartawan Amerika Syarikat, James Wright Foley, 40, telah dibunuh dengan cara sama oleh kumpulan itu sebagai tindakan balas dendam terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq.
Wartawan agensi berita GlobalPost ini hilang sejak November 2012 selepas diculik ketika membuat liputan di Taftanaz di utara Syria.
Video pembunuhannya turut dimuat naik ke media sosial.
Selepas kematian Foley, ibu Sotloff, Shirley, telah menghantar mesej video kepada pemimpin IS Abu Bakr al-Baghdadi merayu agar anaknya dibebaskan sambil menegaskan bahawa dia tidak mempengaruhi sebarang dasar AS.
Jurucakap AS berkata Washington sedang cuba mengesahkan rakaman tersebut.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata rakaman itu memaparkan tindakan yang "cukup keji, menjijikkan."
Pembunuhan kejam terbaru ini turut meningkatkan tekanan ke atas Obama untuk mengukuhkan pendirian beliau terhadap kumpulan pengganas itu.
Namun beliau mengakui bahawa Washington belum mempunyai strategi untuk menangani IS di lokasi utamanya di timur Syria.
AFP
Wed Sep 03 2014
Imej daripada rakaman video pembunuhan wartawan Amerika Syarikat, Steven Sotloff.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Lagi wartawan Amerika disembelih, tawanan British pula diancam bunuh
Seorang lagi wartawan Amerika mati dipenggal dipercayai ekoran tindakan ketenteraan berterusan negara Uncle Sam itu terhadap kumpulan jihadis.