KABUL: SATU lagi kejadian letupan telah menggegarkan ibu kota Afghanistan pada Selasa yang menyasarkan orang awam di hadapan sebuah hospital.

Menurut Timbalan Jurucakap Taliban, letupan yang terjadi di Kabul itu melibatkan kawasan hospital tentera Sardar Mohammad Dawood Khan.

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dan 34 cedera apabila dua letupan diikuti tembakan disasarkan ke hospital tentera terbesar di Kabul itu.

Sejak Taliban berjaya mengambil alih Afghanistan, empat kejadian pengeboman telah dilaporkan di negara tersebut.

Pada 26 Ogos lalu, satu kejadian bom bunuh diri berlaku di Kabul ketika orang ramai cuba untuk keluar meninggalkan Afghanistan susulan pengusaan Taliban.