Perdana Menteri Taiwan meletakkan jawatan pada Sabtu selepas partinya yang cenderung kepada Beijing kalah besar dalam pilihan raya kerajaan tempatan.
Jiang Yi-huah mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu sidang media ringkas dengan mengatakan beliau mengambil "tanggungjawab politik" atas kekalahan teruk Kuomintang itu.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan KMT kalah lima daripada enam perbandaran dan hanya mendahului dengan tipis persaingan bagi perbandaran New Taipei.
Menurut Jiang, perletakan jawatan diterima oleh Presiden Ma Ying-jeou.
"Rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan dan itu tercermin dalam keputusan pilihan raya ini. Jadi saya memutuskan untuk mengambil tanggungjawab politik dan melepaskan jawatan saya yang telah dipersetujui oleh Presiden Ma," katanya.
KMT bergelut dengan kebimbangan umum terhadap pengaruh China, ekonomi yang lembab serta siri skandal makanan.
Pilihan raya kerajaan tempatan ini dilihat sebagai ujian utama menjelang pilihan raya presiden pada 2016, dengan dasar terhadap China sebagai isu penentu.
Ma, yang jadi presiden sejak 2008 selepas menang pilihan raya dengan kempen berbaik-baik dengan China, akan tamat mandat dua penggalnya nanti.
Taiwan dan China berpisah pada 1949 selepas tamat perang saudara.
Beijing bagaimanapun masih mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya yang akan bersatu semula termasuk dengan jalan kekerasan, sekiranya perlu.
Ma sebelum ini berjaya memulihkan hubungan dingin antara Taipei dan Beijing selepas beliau menamatkan pemerintahan lapan tahun Parti Progresif Demokratik (DPP) dengan kempen meningkatkan perdagangan dan ekonomi dengan China.
Bagaimanapun, rakyat semakin bimbang dengan pengaruh China ke atas pulau itu.
Satu cadangan perjanjian perdagangan dengan tanah besar itu mencetuskan protes mahasiswa dan pendudukan ke atas parlimen Taiwan selama tiga minggu pada awal tahun ini.
DPP secara tradisinya skeptikal terhadap hubungan lebih baik dengan China dan mengkritik KMT kerana tidak telus dalam urusan dagang bersama China.
Sebelum pilihan raya ini, KMT menguasai tiga kawasan perbandaran di utara dan satu di tengah, manakala DPP menguasai dua kawasan di selatan.
AFP
Sat Nov 29 2014

PM Taiwan meletakkan jawatan pada Sabtu selepas partinya yang cenderung kepada Beijing kalah besar dalam pilihan raya kerajaan tempatan.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Kuomintang kalah pilihan raya, PM Taiwan letak jawatan
Perdana Menteri Taiwan meletakkan jawatan pada Sabtu selepas partinya yang cenderung kepada Beijing kalah besar dalam pilihan raya kerajaan tempatan.